Terkini
DPP Raja Rozela bersara awal, digantikan Mohd Dusuki – Peguam Negara
Keputusan menggantikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Torn sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dan pertimbangan teliti termasuk permohonannya untuk bersara awal berkuat kuasa 1 November ini.
- Keputusan menggantikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Torn sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dan pertimbangan teliti termasuk permohonannya untuk bersara awal berkuat kuasa 1 November ini.
- Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, Raja Rozela telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April lalu dan telah diluluskan serta berkuat kuasa bermula 1 November.
- “Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar telah dipilih sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baharu berdasarkan pengalaman luas hampir 30 tahun beliau sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya,” kata Peguam Negara dalam kenyataan hari ini.
- Idrus berkata memandangkan kes melibatkan Ahmad Zahid masih berlangsung dan tarikh-tarikh perbicaraan telah ditetapkan sehingga bulan Disember ini, maka seorang ketua pasukan yang baharu perlu dilantik dari sekarang bagi memastikan kesinambungan kes pendakwaan itu.
PETALING JAYA – Keputusan menggantikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Torn sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dan pertimbangan teliti termasuk permohonannya untuk bersara awal berkuat kuasa 1 November ini.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, Raja Rozela telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April lalu dan telah diluluskan serta berkuat kuasa bermula 1 November.
Kata Idrus, beliau selanjutnya telah memohon untuk bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos ini.
“Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar telah dipilih sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baharu berdasarkan pengalaman luas hampir 30 tahun beliau sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya.
“Beliau ketika ini merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan kes-kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan serta kes-kes berprofil tinggi termasuk kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk laporan media bahawa Raja Rozela yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Ahmad Zahid, tidak lagi mengendalikan kes berkenaan.
Raja Rozela sebelum ini mengetuai pendakwaan yang mana Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Idrus berkata, memandangkan kes melibatkan Ahmad Zahid masih berlangsung dan tarikh-tarikh perbicaraan telah ditetapkan sehingga bulan Disember ini, maka seorang ketua pasukan yang baharu perlu dilantik dari sekarang bagi memastikan kesinambungan kes pendakwaan itu.
“Keputusan ini dibuat dengan teliti bagi memastikan kes pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak terjejas selain memastikan Jabatan Peguam Negara dapat menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya