Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Sami pelampau Hindutva hasut penganut Hindu takluk Makkah

Seorang nasionalis pelampau Hindutva di India, Yati Narsinghanand menyasarkan orang Islam dalam ucapan kebenciannya selain menggesa penganut Hindu memerangi umat Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Sami pelampau Hindutva hasut penganut Hindu takluk Makkah
Foto: Nasionalis pelampau Hindutva di India, Yati Narsinghanand.

Seorang nasionalis pelampau Hindutva di India, Yati Narsinghanand menyasarkan orang Islam dalam ucapan kebenciannya selain menggesa penganut Hindu memerangi umat Islam.

Narsinghanand juga menghasut penganut Hindu supaya menentang umat Islam dan berusaha menawan kota suci Makkah yang didakwa terletaknya (sungai) Maha Dev (dewa Hindu)”.

“Hindu Rashtra (bangsa Hindu) adalah impian (kita), kita bukan sahaja akan menawannya, tetapi Makkah… (sungai) Gangga (milik) Maha Dev mengalir dalam bentuk zamzam di sana.

“Jika anda tidak menawan Makkeshwar Mandir (merujuk kepada Kaabah), tiada kuasa di bumi boleh mengalahkan Islam,” kata pelampau Hindutva itu dalam ucapannya di sebuah majlis dipetik Muslim Mirror.

Narsinghanand yang merupakan seorang sami di kuil Dasna di Ghaziabad, terkenal dengan komen-komen anti-Muslimnya.

Pegawai tinggi Parti Bharatiya Janata (BJP), Kapil Mishra, yang mempunyai hubungan rapat dengan Narsinghanand, dikatakan giat mempromosikan rakannya itu.

Kapil Mishra sebelum ini melancarkan kempen pengumpulan dana untuk mencapai matlamat rakannya untuk “menghapuskan Islam dan umat Islam dari muka bumi”.

Pada April tahun lalu, Narsinghanand dan penggalak kebencian lain ditangkap di atas ucapan kebencian mereka di sebuah “Mahapanchayat Hindu” (persidangan Hindu beberapa buah kampung).

Antara intipati ucapan kebencian itu, termasuk dakwaan “50 peratus penganut Hindu akan menukar agama” dalam 20 tahun jika seorang Muslim dijadikan perdana menteri negara itu. – The Merdeka Times
Sumber: Muslim Mirror, Youtube: Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *