Terkini
Saya tak mahu jadi PM, jika prinsip Perlembagaan dipertikaikan – Anwar
Perdana Menteri menegaskan, beliau enggan menjadi seorang Perdana Menteri yang membiarkan perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terus dipertikai dan dipermainkan pihak tertentu.
- Perdana Menteri menegaskan, beliau enggan menjadi seorang Perdana Menteri yang membiarkan perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terus dipertikai dan dipermainkan pihak tertentu.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana semua perkara dalam Perlembagaan akan sentiasa dipertahankan kerajaan dan ia tidak wajar dipersoalkan sama sekali.
- “Kita ada mandat, kita tubuh kerajaan untuk ubah corak politik di negara ini. Siapa yang pertikai kepimpinan Melayu, kuasa mahkamah, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu? Tidak ada.
- “Kawan-kawan dalam DAP, MCA, MIC mahupun PKR yang bukan Melayu dan Islam tidak pernah pertikai. Saya tidak mahu jadi Perdana Menteri kalau prinsip-prinsip Perlembagaan ini dipertikai,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dewan Terbuka Serbaguna Taman Desa di sini, semalam.
MUAR: Perdana Menteri menegaskan, beliau enggan menjadi seorang Perdana Menteri yang membiarkan perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terus dipertikai dan dipermainkan pihak tertentu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana semua perkara dalam Perlembagaan akan sentiasa dipertahankan kerajaan dan ia tidak wajar dipersoalkan sama sekali.
Namun, katanya, perkara-perkara dalam Perlembagaan masih lagi dipersoal sesetengah pihak terutama dalam arena politik.
“Kita ada mandat, kita tubuh kerajaan untuk ubah corak politik di negara ini. Siapa yang pertikai kepimpinan Melayu, kuasa mahkamah, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu? Tidak ada.
“Kawan-kawan dalam DAP, MCA, MIC mahupun PKR yang bukan Melayu dan Islam tidak pernah pertikai. Saya tidak mahu jadi Perdana Menteri kalau prinsip-prinsip Perlembagaan ini dipertikai,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dewan Terbuka Serbaguna Taman Desa di sini, semalam.
Tambah Anwar, beliau percaya, pengundi-pengundi Melayu tidak mudah terpengaruh dengan sentimen Melayu dan Islam yang dimainkan ketika ini.
“Jadi tidak usah gunakan ini untuk takutkan orang Melayu. Orang Melayu dah lama biasa dengan janji, slogan-slogan Islam dan Melayu, semua dah ada pengalaman memerintah termasuk kawan-kawan dalam PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
“Tiga tahun dia perintah, mana dia perubahan untuk orang Melayu? Adakah tingkatkan penguasaan bahasa Melayu, adakah Islam ditegakkan dengan lebih baik, adakah rasuah berkurangan, adakah amalan sakau berkurangan? Tidak ada,” katanya.
Sebaliknya, Perdana Menteri menyifatkan parti dan calon meraih kemenangan atau mengalami kekalahan hanya kerana slogan tertentu semata-mata.
“Apa yang tidak dituduh kepada kita. Alat Cina, alat DAP. Kita ada orang Melayu, Cina, India, orang asli, Dayak, Kadazan serta Sabah dan Sarawak. Saya nak tegaskan kerajaan ini akan tetap pertahan orang Melayu, Cina, India, orang asli, Dayak, Kadazan di negara kita, cukup untuk semua,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia