Connect with us

Antarabangsa

Kolej Thailand tubuhkan Kursi Ismail Sabri perkasa Bahasa Melayu

Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand semalam secara rasmi menubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasa Bahasa Melayu di rantau ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kolej Thailand tubuhkan Kursi Ismail Sabri perkasa Bahasa Melayu
Foto: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand semalam secara rasmi menubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasa Bahasa Melayu di rantau ini.
  • Pejabat bekas perdana menteri itu, dalam kenyataan, memaklumkan penubuhan kursi itu diumumkan Pengarah TGBC, Dr. Prattana Srisuk dalam satu majlis di Bangkok semalam.
  • “Kursi itu secara khusus untuk memperkenal dan mempromosikan pengajian Bahasa Melayu dan ketamadunan Melayu di kolej tersebut dan di Thailand,” menurut kenyataan itu.
  • Difahamkan ia merupakan kursi pertama di institut pengajian tinggi di Thailand khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.

BANGKOK – Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand semalam secara rasmi menubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasa Bahasa Melayu di rantau ini.

Pejabat bekas perdana menteri itu, dalam kenyataan, memaklumkan penubuhan kursi itu diumumkan oleh Pengarah TGBC, Dr. Prattana Srisuk dalam satu majlis di sini semalam.

“Kursi itu secara khusus untuk memperkenal dan mempromosikan pengajian Bahasa Melayu dan ketamadunan Melayu di kolej tersebut dan di Thailand,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan ia merupakan kursi pertama di institut pengajian tinggi di Thailand yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.

Sementara itu, Ismail Sabri, bekas perdana menteri (Ogos 2021 hingga November 2022), mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana mengiktiraf usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu di rantau ini.

Beliau berharap penubuhan Kursi itu akan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di negara berkenaan.

“Bahasa Melayu mempunyai kira-kira 300 juta penutur di rantau Asia Tenggara.

“Di Thailand juga tidak asing, majoriti penduduk di selatan Thailand boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Saya berharap usaha ini akan merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk Pendigitalan Keluarga Dunia untuk Keamanan Sejagat, di kolej itu.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *