Connect with us

Antarabangsa

Bella Hadid selar kenyataan menteri rasis Ben Gvir tentang hak Palestin

Supermodel Bella Hadid, yang juga penyokong lantang perjuangan rakyat Palestin, mengkritik komen menteri kanan Israel, Itamar Ben-Gvir.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bella Hadid selar kenyataan menteri rasis Ben Gvir tentang hak Palestin
Foto: Supermodel Bella Hadid (kanan).
  • Supermodel Bella Hadid, yang juga penyokong lantang perjuangan rakyat Palestin, mengkritik komen menteri kanan Israel, Itamar Ben-Gvir.
  • Bella Hadid yang mempunyai bapa warga Palestin berbuat demikian di laman Instagramnya yang mempunyai hampir 60 juta pengikut. 
  • Ben-Gvir, yang juga Menteri Keselamatan Israel berhaluan kanan, dilaporkan bertikam lidah dengan supermodel AS itu.
  • Kementerian Luar Palestin pada Khamis lalu turut mengecam kenyataan Ben-Gvir sebagai “perkauman dan keji” dan berkata ia hanya mengesahkan rejim apartheid Israel berhubung isu ketuanan Yahudi. 
  • Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan lebih 200 rakyat Palestin terbunuh tahun ini iaitu jumlah kematian tertinggi sejak 2005. 

Supermodel Bella Hadid, yang juga penyokong lantang perjuangan rakyat Palestin, mengkritik komen menteri kanan Israel, Itamar Ben-Gvir.

Bella Hadid yang mempunyai bapa warga Palestin berbuat demikian di laman Instagramnya yang mempunyai hampir 60 juta pengikut. 

Ben-Gvir, yang juga Menteri Keselamatan Israel berhaluan kanan, dilaporkan bertikam lidah dengan supermodel AS itu.

Ben-Gvir dalam temubual bersama N12 News pada Rabu lalu berkata, hak peneroka haram Israel untuk hidup di Tebing Barat mengatasi perjuangan hak rakyat Palestin.

“Hak saya, hak isteri saya dan hak anak-anak saya untuk bergerak di jalan-jalan di Yudea dan Samaria adalah lebih penting daripada hak bergerak bagi orang Arab,” kata menteri negara haram Israel itu.

Bella Hadid pada Khamis lalu mengkritik komen itu dengan mengatakan, “di mana-mana, tanpa mengira masa, terutama pada 2023, sepatutnya tidak ada nyawa lebih berharga daripada nyawa yang lain. Terutama semata-mata kerana etnik, budaya atau kebencian mereka”. 

Sebagai reaksi balas, Ben-Gvir pada Jumaat menggelar Bella Hadid sebagai “pembenci Israel”.

Kementerian Luar Palestin pada Khamis lalu turut mengecam kenyataan Ben-Gvir sebagai “perkauman dan keji” dan berkata ia hanya mengesahkan rejim apartheid Israel berhubung isu ketuanan Yahudi. 

Tebing Barat telah digegarkan dengan keganasan sejak awal tahun lalu, terutama dengan serbuan maut berulang kali tentera rejim haram Israel. 

Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan lebih 200 rakyat Palestin terbunuh tahun ini iaitu jumlah kematian tertinggi sejak 2005. 

Sumber: Al-Jazeera 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *