Terkini
Dua kes pertama cacar monyet dikesan di Malaysia – KP Kesihatan
Dua kes pertama jangkitan cacar monyet (mpox) dikesan di negara ini.
- Dua kes pertama jangkitan cacar monyet (mpox) dikesan di negara ini.
- Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, dalam satu kenyataan hari ini berkata, kes pertama disahkan pada 26 Julai lalu melibatkan seorang lelaki warga asing yang telah tinggal dan bekerja di Malaysia sejak April 2022.
- Kes kedua pula membabitkan seorang lelaki tempatan adalah kontak kepada kes mpox pertama atau kes indeks.
PUTRAJAYA: Dua kes pertama jangkitan cacar monyet (mpox) dikesan di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes pertama disahkan pada 26 Julai lalu melibatkan seorang lelaki warga asing yang telah tinggal dan bekerja di Malaysia sejak April 2022.
“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang melaporkan kes mpox pada 6 Julai lalu dan kembali semula ke Malaysia pada 10 Julai. Beliau mula menunjukkan gejala pada 19 Julai dan lepuh mula muncul pada 23 Julai.
“Beliau telah menjalani isolasi dan dibebaskan pada 10 Ogos lalu setelah pulih sepenuhnya tanpa komplikasi. Beliau disyaki mendapat jangkitan semasa berada di luar negara iaitu negara yang melaporkan kes mpox,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kes kedua membabitkan seorang lelaki tempatan adalah kontak kepada kes mpox pertama atau kes indeks.
Lelaki berkenaan mengalami gejala semasa dalam kuarantin kerana merupakan kontak kepada kes positif mpox.
Sumber: Buletin TV3