Terkini
(VIDEO) Menteri Agama nafi dakwaan Malaysia ke arah negara sekular
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’m Mokhtar menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa Malaysia kini ke arah negara sekularisme.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Nai’m Mokhtar menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa Malaysia kini ke arah negara sekularisme.
- Tegasnya, dakwaan tersebut tidak berasas, bersifat provokatif serta berniat jahat.
- Dalam satu kenyataan beliau berkata, pendirian Malaysia konsisten sejak dahulu lagi bahawa Islam agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
- Kebebasan diberikan itu tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam.
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’m Mokhtar menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa Malaysia kini ke arah negara sekularisme.
Tegasnya, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan bersifat provokatif serta berniat jahat.
Dalam satu kenyataan beliau berkata, pendirian Malaysia adalah konsisten sejak dahulu lagi bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Sungguhpun begitu, kebebasan yang diberikan itu tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam.
Malah, sekularisme yang mengetepikan dan mengasingkan antara agama dan kerajaan sepenuhnya juga tidak dapat diterima di negara ini.
Oleh itu, sebarang dakwaan yang berniat menakut-nakutkan rakyat bahawa gerakan dakyah agama lain ke atas umat Islam adalah dibenarkan atau digalakkan adalah tidak benar sama sekali.
Perbuatan terus-menerus menghasut dan mengajak kepada kebencian dan permusuhan serta mencabuli larangan 3R (mengganggu gugat Institusi Raja, Kaum dan Agama) adalah perbuatan amat tidak bertanggungjawab serta melanggar prinsip Islam.
Sumber: Berita RTM
View this post on Instagram