Connect with us

Terkini

Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang untuk penggal kedua

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua, jam 9.35 pagi semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang untuk penggal kedua
Foto: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
  • Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua, jam 9.35 pagi semalam.
  • Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah rahsia dilakukan Kon Yeow di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara di sini.
  • Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sayuti Bakar; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang; Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng dan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

GEORGE TOWN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua, jam 9.35 pagi semalam.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah rahsia dilakukan Kon Yeow di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara di sini.

Kon Yeow, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota turut menandatangani watikah pelantikan jawatan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sayuti Bakar; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang; Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng dan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berjaya membentuk kerajaan negeri dengan memenangi 29 daripada 40 kerusi dewan undangan negeri dalam Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, pada Sabtu (12 Ogos).

Sumber: Buletin TV3

Author