Terkini
Netizen mahu Syed Saddiq, MUDA keluar Kerajaan Perpaduan
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menerima kekalahan semua calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung Sabtu lalu dengan hati terbuka.
- Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menerima kekalahan semua calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung Sabtu lalu dengan hati terbuka.
- Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata MUDA mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan semua calonnya.
- “Thanks for giving MUDA a chance. We value every one of the 30,292 votes from you. (Terima kasih atas peluang diberikan kepada MUDA. Kami menghargai setiap satu daripada 30,292 undian daripada anda),” katanya menerusi ciapan di platform X (Twitter) pada Ahad lalu.
- Syed Saddiq berdepan desakan daripada netizen yang meminta beliau melepaskan jawatan disandang ketika ini termasuk keluar dari pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
- Ada di antara mereka menyifatkan kekalahan semua calon MUDA itu adalah disebabkan keegoan dan tiada sikap merendah diri daripada parti itu susulan MUDA memilih bertanding sendirian tanpa Pakatan Harapan (PH).
KUALA LUMPUR — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menerima kekalahan semua calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung Sabtu lalu dengan hati terbuka.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata MUDA mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan semua calonnya.
Katanya, bagaimanapun insiden itu menyedarkan beliau bahawa banyak lagi perkara yang boleh diperbaiki dan dipelajari.
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu berkata, parti itu akan terus menjadi suara semak dan imbang rakyat dengan visi untuk membina Malaysia yang maju, bermaruah serta berintegriti.
“Thanks for giving MUDA a chance. We value every one of the 30,292 votes from you. (Terima kasih atas peluang diberikan kepada MUDA. Kami menghargai setiap satu daripada 30,292 undian daripada anda).
“We will also work even harder to secure the trust and support from those who didn’t vote us. (Kami juga akan bekerja lebih keras untuk mendapatkan kepercayaan dan sokongan daripada mereka yang tidak mengundi kami.)
“Kami terima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. I take full responsibility for this,” katanya menerusi ciapan di platform X (Twitter) pada Ahad lalu.
Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berdepan desakan daripada netizen yang meminta beliau untuk melepaskan jawatan disandang ketika ini termasuk keluar dari pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Ada di antara mereka menyifatkan kekalahan semua calon MUDA itu adalah disebabkan keegoan dan tiada sikap merendah diri daripada parti itu susulan MUDA memilih bertanding bersendirian tanpa Pakatan Harapan (PH).
Malah ada juga netizen melabel beliau sebagai gunting dalam lipatan di dalam tampuk pemerintahan sekarang.
Antara tangkap layar kritikan netizen di ruangan komen di X (Twitter):
Ramai pihak termasuk penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub sebelum ini menjangkakan parti itu hilang deposit bagi semua kerusi dipertandingkan apabila berpendirian untuk bergerak solo dalam PRN pada 12 Ogos lalu.
Ini kerana, akar umbi MUDA dilihat tidak sekukuh parti politik lain seperti PAS, UMNO, DAP dan BERSATU malah sokongan diterima juga dilihat tidak begitu memberangsangkan. — The Merdeka Times
Sumber : Twitter/X @SyedSaddiq