Connect with us

Terkini

Tiada masa baca surat MUDA – Setiausaha Agung PH

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) rasa diperlekeh apabila Pakatan Harapan (PH) tidak memberi maklum balas terhadap hasratnya mengadakan pertemuan.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada masa baca surat MUDA - Setiausaha Agung PH
Foto: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) rasa diperlekeh apabila Pakatan Harapan (PH) tidak memberi maklum balas terhadap hasratnya mengadakan pertemuan.
  •  “…bukan sahaja kami tidak diberi maklum balas, MUDA seolah-olah diperlekehkan apabila Setiausaha Agung Pakatan Harapan menjawab bahawa beliau tidak ada masa untuk membaca surat-surat kami,” – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Syed Saddiq berkata demikian menerusi satu kenyataan harini membalas kenyataan Tan Sri Lim Kit Siang semalam yang menasihatkan MUDA untuk bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Anwar pilihan raya negeri (PRN).
  • Terdahulu, Syed Saddiq mengumumkan partinya akan bertanding secara solo di enam buah negeri yang bakal mengadakan PRN pada Ogos

KUALA LUMPUR- Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) rasa diperlekeh apabila Pakatan Harapan (PH) tidak memberi maklum balas terhadap hasratnya mengadakan pertemuan.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata yang pihaknya telah menghantar sebanyak tiga surat permohonan perkara itu sebelum ini.

“…bukan sahaja kami tidak diberi maklum balas, MUDA seolah-olah diperlekehkan apabila Setiausaha Agung Pakatan Harapan menjawab bahawa beliau tidak ada masa untuk membaca surat-surat kami.

“Walaupun pejabat beliau pada mulanya bersetuju dengan tarikh yang telah ditetapkan tetapi membatalkannya pada saat-saat akhir,” katanya.

Selain itu, cubaanya untuk menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pegawainya secara peribadi melalui pesanan teks dan sebagainya juga tidak menerima sebarang maklum balas.

Syed Saddiq berkata demikian menerusi satu kenyataan harini bagi membalas kenyataan Tan Sri Lim Kit Siang.

Semalam, veteran DAP itu menasihatkan MUDA untuk bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Anwar dalam enam pilihan raya negeri (PRN) pada Ogos.

Beliau turut mengingatkan agar kepimpinan MUDA tidak tergesa-gesa untuk bertanding secara solo.

Bagaimanapun, Syed Saddiq tetap dengan pendirian itu walaupun langkah itu mencabar bagi MUDA dan berisiko untuk kalah.

“Ya, jalan ke depan akan mencabar bagi MUDA. Tetapi MUDA akan berusaha sebaik mungkin. Untuk mengubah Malaysia, MUDA perlu belajar dari banyak kekalahan. Pemimpin-pemimpin MUDA perlu mempunyai keberanian untuk memacu Malaysia maju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq mengumumkan partinya akan bertanding secara solo di enam buah negeri yang bakal mengadakan PRN tidak lama lagi.

Negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – The Merdeka Times

Sumber: Twitter Syed Saddiq

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending