Connect with us

Terkini

“Soal peribadi saya maafkan, curi duit rakyat, saya tidak maafkan,” – Anwar

Perdana Menteri memaafkan lawan politiknya yang mengaibkan beliau namun tidak akan memaafkan bekas pemimpin yang mencuri wang rakyat semasa berkuasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Soal peribadi saya maafkan, curi duit rakyat, saya tidak maafkan,” - Anwar
Foto: Gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri memaafkan lawan politiknya yang mengaibkan beliau namun tidak akan memaafkan bekas pemimpin yang mencuri wang rakyat semasa berkuasa.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk itu mereka yang terlibat akan diburu untuk siasatan pihak berkuasa.
  • Menurutnya, tindakan itu dilakukan bukan kerana dendam tetapi perbuatan mencuri wang rakyat ketika rakyat susah, tidak boleh dimaafkan.
  • Anwar berkata, lebih dikesalkan semasa berkuasa, pemimpin hanya memifikir kedudukan orang-orang kaya.

PARIT BUNTAR: Perdana Menteri memaafkan lawan politiknya yang mengaibkan beliau namun tidak akan memaafkan bekas pemimpin yang mencuri wang rakyat semasa berkuasa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk itu mereka yang terlibat akan diburu untuk siasatan pihak berkuasa.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan bukan kerana dendam tetapi perbuatan mencuri wang rakyat ketika rakyat susah, tidak boleh dimaafkan.

“Saya dipukul setengah mati saya maafkan kerana itu soal peribadi, tapi wang dicuri berbilion-bilion, saya tiada kuasa maafkan.

“Saya sudah maafkan sebab saya nak jaga negara, saya tak mahu panjang cerita. Sekarang saya ada kuasa, saya boleh ‘korek’ banyak perkara (penyelewangan) tapi saya banyak kerja lain nak buat.

“Hari-hari malukan kita, aibkan kita, saya maafkan sebab saya tak ada masa nak jaja cerita lama tapi saya bagi ingatan, wang negara adalah hak rakyat, tak boleh guna kuasa nak kayakan mereka.

“Semasa kamu ada kuasa, ambik tanah, balak, nadir bumi, curi saham, ambil kontrak sedangkan kamu tak ada hak, saya akan kejar kamu bukan sebab dendam.

“Ambil hak rakyat dalam keadaan rakyat susah, itu saya tak akan maafkan,” katanya ketika berucap pada program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Perak di Dataran Kerian Permai di sini hari ini.

Anwar berkata, lebih dikesalkan semasa berkuasa, pemimpin hanya memifikir kedudukan orang-orang kaya.

“Selama ini kita tengok apabila jadi perdana menteri, jadi menteri kewangan, jadi menteri mereka kaya raya berlebih-lebih, berbilion diambil, apabila SPRM tangkap, kita dikatakan zalim.

“Seorang menantu mantan perdana menteri apabila SPRM cari, lari ke luar negara. Bayangkan, kamu ambil ratus-ratus juta, SPRM siasat panggil ke mahkamah, kamu guna wang lari dan keluarga kamu ditonjolkan sebagai calon perdana menteri,” katanya.

Anwar berkata, negara mempunyai kekayaan daripada sumber seperti minyak, gas, kelapa sawit dan industri tetapi kekayaan itu diambil oleh pemimpin yang naik kerana sokongan rakyat.

“Kita sokong mereka sebab apa? Sebab dia kata nak jamin nasib orang Melayu, hidup Melayu, kerana dia cakap dia Islam, boleh bawa kita ke syurga.

“Dia bawa janji bawa ke syurga, tapi dia rampas (ambil) ratus-ratus juta,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *