Connect with us

Terkini

PAS alami krisis besar, Ahmad dijangka bukan lagi MB Kelantan – Md Alwi

PAS kini didakwa mengalami krisis besar berhubung bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang digugurkan selain perebutan jawatan Menteri Besar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PAS alami krisis besar, Ahmad dijangka bukan lagi MB Kelantan - Md Alwi
Foto: Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad.
  • PAS kini didakwa mengalami krisis besar berhubung bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang digugurkan selain perebutan jawatan Menteri Besar.
  • Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad, turut mendakwa mereka digugurkan kini membuat protes secara senyap.
  • “Kita dapati PAS kini mengalami krisis besar apabila ramai digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan alasan sudah berkhidmat lebih tiga penggal.”
  • “Sedangkan ada dalam kalangan mereka baru berkhidmat satu penggal berdasarkan percakapan saya dengan beberapa orang dari parti berkenaan.”
  • “Saya yakin protes secara senyap itu akan memberi kesan besar kepada slogan PAS untuk mempertahankan Kelantan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
  • Md Alwi juga turut menjangkakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob tidak akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Kota Bharu: PAS kini didakwa mengalami krisis besar berhubung bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang digugurkan selain perebutan jawatan Menteri Besar.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad, turut mendakwa mereka yang digugurkan kini membuat protes secara senyap.

“Kita dapati PAS kini mengalami krisis besar apabila ramai yang digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan alasan sudah berkhidmat lebih tiga penggal.

“Sedangkan ada dalam kalangan mereka baru berkhidmat satu penggal berdasarkan percakapan saya dengan beberapa orang dari parti berkenaan.

“Saya yakin protes secara senyap itu akan memberi kesan besar kepada slogan PAS untuk mempertahankan Kelantan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada masa sama, Md Alwi juga turut menjangkakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob tidak akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Pada hemat saya, Kelantan akan mendapat Menteri Besar yang baharu sekiranya PAS terus mentadbir Kelantan dan perkara ini saya hampir pasti.

“Cuma saya tidak tahu siapa yang akan menjadi Menteri Besar menerusi susulan gabungan mereka menerusi Perikatan Nasional (PN).

“Namun memang ada perebutan dalam PAS (jawatan Menteri Besar),” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author