Terkini
LGBT bercanggah dengan Islam – Altimet
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet berpendirian Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah bercanggah dengan Islam.
- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet berpendirian Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah bercanggah dengan Islam.
- Memetik ayat al-Quran dari surah Al-Kafirun yang bermaksud ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’, Altimet berkata itu adalah pandangannya selaku penganut Islam.
- “Sebenarnya saya sangat konservatif, it’s against my belief but you have your belief, its okay,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Dato’ Ahmad Razali di sini hari ini.
- Altimet akan ditentang calon Perikatan Nasional (PN) dari PAS, Sharifah Haslizah Syed Ariffin.
KUALA LUMPUR — Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet berpendirian Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah bercanggah dengan Islam.
Memetik ayat al-Quran dari surah Al-Kafirun yang bermaksud ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’, Altimet berkata itu adalah pandangannya selaku penganut Islam.
“Sebenarnya saya sangat konservatif, it’s against my belief but you have your belief, its okay,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Dato’ Ahmad Razali di sini hari ini.
Penyanyi rap itu berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai pendiriannya berhubung kelompok LGBT di Malaysia.
Mengulas lanjut, Altimet berkata penolakan isu LGBT itu perlu selaras dengan penentangan terhadap perkara haram lain seperti berjudi, minum arak dan hubungan luar nikah atau zina.
Katanya, isu itu wajar dibincangkan di negara yang mempunyai penduduk dari pelbagai latar bangsa dan agama.
Altimet akan ditentang calon Perikatan Nasional (PN) dari PAS, Sharifah Haslizah Syed Ariffin. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
You must be logged in to post a comment Login