Connect with us

Terkini

Tiada lagu baru untuk PRN, Allah SWT belum bagi ilham – Altimet

“Tiada (lagu) buat masa ini, Allah belum bagi saya apa-apa ilham dalam itu (menggubah lagu)”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Tiada lagu baru untuk PRN, Allah SWT belum bagi ilham – Altimet
Foto: Calon Pakatan Harapan (PH) yang juga artis terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet.
  • “Tiada (lagu) buat masa ini, Allah SWT belum bagi saya apa-apa ilham dalam itu (menggubah lagu).”
  • Itu kata calon Pakatan Harapan (PH) yang juga artis terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet ketika ditanya adakah dia akan menerbitkan lagu baharu sebagaimana lagu tular ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ (Aduh Malaysia) diciptanya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
  • Beliau yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya di Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos depan berkata, tiada gimik nyanyian akan dilakukan untuk meraih pengundi.
  • Altimet yang akan berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin berkata beliau akan mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW memerintah Madinah untuk memenangi hati pengundi daripada kelompok bukan Islam.

KUALA LUMPUR — “Tiada (lagu) buat masa ini, Allah belum bagi saya apa-apa ilham dalam itu (menggubah lagu)”.

Itu kata calon Pakatan Harapan (PH) yang juga artis terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet ketika ditanya adakah dia akan menerbitkan lagu baharu sebagaimana lagu tular ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ (Aduh Malaysia) diciptanya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Altimet mencipta lagu itu dengan mengubah lirik asal Ali Baba dengan 40 Penyamun dan dilancarkan sendiri di pentas politik.

Beliau yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya di Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos depan berkata, tiada gimik nyanyian akan dilakukan untuk meraih pengundi.

Ditanya mengenai PRN, Altimet berkata beliau akan menjadikan Lembah Jaya sebagai kawasan yang mesra kepada semua lapisan masyarakat dan umur sehinggakan individu yang bersara tidak terfikir untuk meninggalkan kawasan itu.

“Saya tak nak bila dah bersara dia rasa tiada apa-apa kat sini dah, dia jual rumah dan pindah katakan ke Ipoh ke, Seremban 2 ke kita tengok itu satu trend untuk orang Lembah Klang ini, jadi kita cuba nak ubah itu.

“Saya nak kalau boleh orang-orang dekat Lembah Jaya ini bila dia bawa anak dia balik kampung sekejap ja dah sampai.

“Kita tetap di sini walaupun kita penduduk kota tapi kita nak kembalikan semangat kampung itu, rasa komuniti ukhuwah kampung itu kita nak bawa balik… jadi sebelum itu kita kena jadikan tempat ini mesra untuk semua lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Dato’ Ahmad Razali di sini hari ini.

Altimet akan berdepan dengan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin berkata beliau akan mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW memerintah Madinah untuk memenangi hati pengundi daripada kelompok bukan Islam.

Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola, beliau berkata menerusi kepimpinan baginda semua individu diberikan kebebasan beragama dan dibolehkan kehidupan mereka diteruskan dengan cara masing-masing.

“I hope you be in a clean fight and kita kedua-dua pihak bukan sahaja calon tapi pengikut-pengikut dan penyokong juga kalau boleh jaga adab,” katanya yang berjanji dengan pihak lawannya untuk berkempen secara berhemah. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *