Terkini
DUN Gurun saksikan bekas kapten bola sepak lawan anak Speaker Dewan Rakyat
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun menyaksikan saingan satu lawan satu antara dua anak muda termasuk seorang daripadanya bekas kapten bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar.
- Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun menyaksikan saingan satu lawan satu antara dua anak muda termasuk seorang daripadanya bekas kapten bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar.
- Bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), Baddrol, 35, akan bersaing dengan ahli perniagaan, Firdaus Johari, yang akan bertanding atas tiket Pakatan harapan (PH).
- Pastinya tekanan lebih dirasai Firdaus, 39, kerana beliau bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN yang dimenangi bapanya, Datuk Johari Abdul pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
JERAI – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun menyaksikan saingan satu lawan satu antara dua anak muda termasuk seorang daripadanya bekas kapten bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar.
Bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), Baddrol, 35, akan bersaing dengan ahli perniagaan, Firdaus Johari, yang akan bertanding atas tiket Pakatan harapan (PH).
Pastinya tekanan lebih dirasai Firdaus, 39, kerana beliau bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN yang dimenangi bapanya, Datuk Johari Abdul pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Johari bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Gurun ini pada Disember lalu selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Sumber: Berita Harian