Terkini
Dari bekas samseng jadi calon wakil rakyat
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah, Ayahanda Cik Ton atau nama sebenarnya Muhammad Fazil Mohd Dali antara muka baharu dipertaruhkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.
- Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah, Ayahanda Cik Ton atau nama sebenarnya Muhammad Fazil Mohd Dali antara muka baharu dipertaruhkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.
- Langkah berani PN menampilkan nama baharu itu disambut baik pengundi yang rata-rata teruja menantikan penampilan sulung aktivis masyarakat tersebut.
- Cik Ton yang dahulunya dilaporkan media tempatan bergelumang dengan ‘kegelapan’ menjadi antara individu dikehendaki polis, namun kini menjadi sahabat polis dan aktif melakukan aktiviti kebajikan.
- Beliau menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Amal Cekal Taqwa Malaysia (ACT) pada 2013 dan mempunyai keahlian di seluruh negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, di mana pergerakan ACT lebih ke arah budaya samseng ketika beliau belum ‘berhijrah’.
- Ayahanda Cik Ton dijangka akan bertembung dengan penyandang kerusi DUN Pandan Indah, Ir Izham Hashim (PH) dan calon MUDA, Noor Faralisa.
KUALA LUMPUR — Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah, Ayahanda Cik Ton atau nama sebenarnya Muhammad Fazil Mohd Dali antara muka baharu dipertaruhkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.
Langkah berani PN menampilkan nama baharu itu disambut baik pengundi yang rata-rata teruja menantikan penampilan sulung aktivis masyarakat tersebut.
“Kita perlukan calon macam ini, buang kisah lama tapi keberanian tu teruskan dalam politik, jangan jadi macam DUN kawasan saya, dengan tauke buat jalan pun takut,” kata pengguna TikTok, @disabled di ruangan komen.
Cik Ton yang dahulunya dilaporkan media tempatan bergelumang dengan ‘kegelapan’ menjadi antara individu dikehendaki polis, namun kini menjadi sahabat polis dan aktif melakukan aktiviti kebajikan.
Beliau juga menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Amal Cekal Taqwa Malaysia (ACT) pada 2013 dan mempunyai keahlian di seluruh negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, di mana pergerakan ACT lebih ke arah budaya samseng ketika beliau belum ‘berhijrah’.
Penghijrahan beliau menamatkan budaya samseng itu, sekali gus menyaksikan ACT menjalankan program lebih berunsur keagamaan antaranya seperti Kursus Pengurusan Jenazah dan Program Rehlah Santai bersama Tokoh Agama dan Artis Hijrah.
“Saya berubah sebab anak saya sekolah tahfiz. Anak saya banyak tegur, benda benda yang dahulu saya pakai rantai emas, pakai gelang, jadi bila anak sendiri dah tegur kita tak dengar, anak kita akan buat perkara yang sama dengan kita,” katanya dilaporkan media tempatan April lalu.
Cik Ton dijangka bertembung dengan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor, Ir Izham Hashim yang yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Pandan Indah dalam pilihan raya kali ini.
Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Noor Faralisa yang merupakan naib presiden berusia 41 tahun di sebuah bank antarabangsa juga akan bertarung di kerusi dewan undangan negeri yang sama. —- The Merdeka Times
Sumber: Harian Metro, Buletin TV3