Connect with us

Antarabangsa

1,700 peneroka Yahudi berhaluan kanan serbu Masjid Al-Aqsa semalam

Kira-kira 1,700 peneroka Yahudi berhaluan kanan pada Khamis menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, demikian menurut seorang pegawai dari Wakaf Islam Baitulmaqdis.

Wartawan TMT

Published

on

1,700 peneroka Yahudi berhaluan kanan serbu Masjid Al-Aqsa semalam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kira-kira 1,700 peneroka Yahudi berhaluan kanan pada Khamis menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, demikian menurut seorang pegawai dari Wakaf Islam Baitulmaqdis.
  • Menurut laporan Anadolu Agency, polis Israel mengenakan sekatan ke atas kemasukan orang Islam, manakala kira-kira 1,700 Yahudi fanatik diketuai Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menyerbu Masjid al-Aqsa pagi semalam.
  • Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Sinan Al-Majali berkata serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa merupakan “pelanggaran kesucian dan undang-undang antarabangsa”.
  • Menyifatkan serbuan Ben Gvir sebagai langkah provokatif, beliau berkata pencabulan status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis adalah “tidak boleh diterima”.

Kira-kira 1,700 peneroka Yahudi berhaluan kanan pada Khamis menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, demikian menurut seorang pegawai dari Wakaf Islam Baitulmaqdis.

Menurut laporan Anadolu Agency, polis Israel mengenakan sekatan ke atas kemasukan orang Islam, manakala kira-kira 1,700 Yahudi fanatik diketuai Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menyerbu Masjid al-Aqsa pagi semalam.

Jordan, Palestin, Mesir dan Arab Saudi mengutuk penyerbuan Masjid Al-Aqsa oleh Ben-Gvir dan peneroka berhaluan kanan itu.

Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Sinan Al-Majali berkata serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa merupakan “pelanggaran kesucian dan undang-undang antarabangsa”.

Menyifatkan serbuan Ben Gvir sebagai langkah provokatif, beliau berkata pencabulan status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis adalah “tidak boleh diterima”.

“Serangan Ben Gvir ke atas Masjid Al-Aqsa adalah tindakan provokatif. Ini adalah rancangan rasmi mereka untuk menyembunyikan agenda Yahudisasi dan secara paksa mengubah sejarah dan realiti undang-undang semasa,” kata Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir berkata serangan berturut-turut ke atas Masjid Al-Aqsa dan percubaan untuk memecah-belahkannya tidak akan mengubah kedudukan undang-undang dan sejarahnya sebagai tempat ibadat Islam.

Kementerian itu menggesa rejim Israel menghentikan serta-merta tindakan provokatif dan tindakan sedemikian yang semakin meningkat hanya akan memburukkan keadaan di wilayah yang diduduki itu.

Kementerian Luar Arab Saudi, dalam satu kenyataan, turut mengecam tindakan menteri Israel dan sekumpulan peneroka menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa.

Sumber: Anadolu Agency

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending