Connect with us

Antarabangsa

Lima termasuk pengebom masjid pada 2015 dihukum gantung di Kuwait 

Kuwait menghukum mati lima orang semalam, termasuk seorang lelaki yang disabitkan dengan pengeboman nekad kumpulan Daesh pada 2015 yang mengorbankan 26 orang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lima termasuk pengebom masjid pada 2015 dihukum gantung di Kuwait 
Foto: Mangsa pengeboman di masjid Imam Ali, Kuwait.
  • Kuwait menghukum mati lima orang semalam, termasuk seorang lelaki yang disabitkan pengeboman nekad kumpulan Daesh pada 2015 yang mengorbankan 26 orang.
  • Dalam satu kenyataan, Pejabat Pendakwa Raya berkata mereka menyelia ‘pelaksanaan hukuman mati di Penjara Pusat Kuwait’ terhadap lima orang, yang kebanyakannya dituduh membunuh.
  • Antara dihukum ialah Abdulrahman Sabah Saud – suspek utama dalam pengeboman 2015 di sebuah masjid Syiah di ibu negara ketika solat Jumaat. Ia adalah serangan paling berdarah dalam sejarah Kuwait.
  • Lelaki lain dihukum mati semalam termasuklah seorang warga Kuwait, seorang warga Mesir dan seorang minoriti Bidoon tanpa kerakyatan Kuwait. Kesemuanya disabitkan dengan kesalahan membunuh.
  • Pendakwa Raya Awam berkata, kelima-lima mereka sudah dihukum gantung.

KUWAIT CITY: Kuwait menghukum mati lima orang semalam, termasuk seorang lelaki yang disabitkan dengan pengeboman nekad kumpulan Daesh pada 2015 yang mengorbankan 26 orang.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Pendakwa Raya berkata mereka menyelia ‘pelaksanaan hukuman mati di Penjara Pusat Kuwait’ terhadap lima orang, yang kebanyakannya dituduh membunuh.

Antara yang dihukum ialah Abdulrahman Sabah Saud – suspek utama dalam pengeboman 2015 di sebuah masjid Syiah di ibu negara ketika solat Jumaat. Ia adalah serangan paling berdarah dalam sejarah Kuwait.

Saud, berketurunan Arab tanpa kerakyatan, disabitkan kesalahan membawa pengebom ke masjid serta membawa tali pinggang bahan letupan yang digunakan, berhampiran sempadan Saudi.

Pada perbicaraan awalnya, Saud mengaku bersalah atas kebanyakan pertuduhan tetapi, dalam rayuan di Mahkamah Agung, dia menafikan kesemuanya kesalahan itu.

Lelaki lain yang dihukum mati semalam termasuklah seorang warga Kuwait, seorang warga Mesir dan seorang minoriti Bidoon tanpa kerakyatan Kuwait. Kesemuanya disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Seorang warga Sri Lanka juga dihukum mati atas tuduhan dadah.

Pendakwa Raya Awam berkata, kelima-lima mereka sudah dihukum gantung.

Hukuman mati itu adalah yang pertama sejak negara Teluk yang kaya dengan minyak itu menghukum tujuh orang pada November tahun lalu, sekali gus menamatkan moratorium lima tahun.

Walaupun Kuwait sudah menghukum mati berpuluh-puluh orang sejak memperkenalkan hukuman mati pada pertengahan 1960-an, hukuman itu agak jarang berlaku.

Kebanyakan mereka yang dihukum, disabitkan dengan kesalahan membunuh atau mengedar dadah.

Pada April 2013, pihak berkuasa Kuwait menggantung tiga lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh.

Dua bulan kemudian, dua rakyat Mesir, yang disabitkan dengan kesalahan penculikan dan pembunuhan, juga dihukum bunuh.

Pada 2017, negara itu melaksanakan hukuman mati beramai-ramai terhadap tujuh banduan, termasuk seorang ahli keluarga yang memerintah.

Hukuman mati dijalankan secara meluas di rantau ini, terutamanya di Arab Saudi dan menurut pengiraan AFP, seramai 74 orang menjalani proses itu pada tahun ini saja.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *