Antarabangsa
Pengintip Israel, kumpulan Bahai ditahan pihak berkuasa Iran
Pihak berkuasa Iran menahan beberapa pengikut fahaman Bahai yang dituduh mengintip untuk musuh ketat Tehran, Israel, demikian lapor media tempatan pada Selasa.
- Pihak berkuasa Iran menahan beberapa pengikut fahaman Bahai yang dituduh mengintip untuk musuh ketat Tehran, Israel, demikian lapor media tempatan pada Selasa.
- Bahai, minoriti agama bukan Islam terbesar di Iran, tidak diiktiraf di negara itu dan sering menjadi sasaran ekoran dakwaan hubungannya dengan Israel yang menempatkan kuil terpenting dan ibu pejabat dunia kumpulan itu.
- “Sebilangan anggota teras parti perisik Bahai telah ditangkap di wilayah Gilan di utara Iran,” kata agensi berita Fars yang memetik kenyataan perkhidmatan perisikan.
TEHRAN – Pihak berkuasa Iran menahan beberapa pengikut fahaman Bahai yang dituduh mengintip untuk musuh ketat Tehran, Israel, demikian lapor media tempatan pada Selasa.
Bahai, minoriti agama bukan Islam terbesar di Iran, tidak diiktiraf di negara itu dan sering menjadi sasaran ekoran dakwaan hubungannya dengan Israel yang menempatkan kuil terpenting dan ibu pejabat dunia kumpulan itu.
“Sebilangan anggota teras parti perisik Bahai telah ditangkap di wilayah Gilan di utara Iran,” kata agensi berita Fars yang memetik kenyataan perkhidmatan perisikan.
Laporan Fars yang dipetik portal The International News melaporkan kumpulan itu didakwa mempunyai kaitan “dengan pusat zionis dikenali sebagai Bayt al-Adl yang terletak di wilayah Palestin yang diduduki,” merujuk kepada Balai Keadilan Sejagat Bahais di Haifa.
Bagamanapun, laporan media itu tidak menyatakan berapa ramai individu yang ditangkap.
Perkhidmatan perisikan juga menuduh kumpulan itu “mempromosikan ajaran Bahai”, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.
Iran, republik di mana Syiah Islam menjadi agama rasmi negara, mengiktiraf beberapa agama minoriti lain, termasuk Kristian, Yahudi dan Zoroastrianisme.
Ajaran Bahai, bagaimanapun, dilabelkan sebagai “sesat” oleh republik Islam itu.
Pada Ogos lalu, pihak berkuasa menahan sekumpulan Bahai dan 12 lagi pengikut pada bulan berikutnya, di mana semuanya atas tuduhan yang sama berkaitan dengan dakwaan mempunyai kaitan dengan Israel.
Ajaran Bahai menganggap Bahaullah, yang dilahirkan pada 1817 di zaman Iran moden, sebagai nabi terbaharu diutus Tuhan dan pengasas kepercayaan monoteistik mereka.
Sumber: The International News