Connect with us

Antarabangsa

Elon Musk berdepan masalah baru, jenama X juga dimiliki Meta & Microsoft

Hasrat pemilik Twitter, Elon Musk untuk menjenamakan semula platform media sosial itu dengan nama ‘X’ diliihat agak sulit kerana untuk mencapai tujuan itu, beliau harus berhadapan dengan masalah undang-undang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Elon Musk berdepan masalah baru, jenama X juga dimiliki Meta & Microsoft
Foto: Logo Microsoft yang memiliki jenama X berkait dengan komunikasi iaitu sistem permainan video Xbox-nya.
  • Hasrat pemilik Twitter, Elon Musk untuk menjenamakan semula platform media sosial itu dengan nama ‘X’ diliihat agak sulit kerana untuk mencapai tujuan itu, beliau harus berhadapan dengan masalah undang-undang.
  • Menurut laporan Reuters, ini kerana, hak cipta harta intelek berjenama ‘X’ itu juga dimiliki oleh Meta, Microsoft, dan ratusan syarikat lain.
  • Huruf X begitu banyak digunakan dalam jenama perdagangan dan berupaya dicabar di mahkamah termasuk bagi syarikat yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter berpotensi berhadapan dengan isu untuk mempertahankan tujuan penggunaan X sebagai jenamanya pada masa hadapan.
  • “Terdapat 100 peratus kemungkinan Twitter akan didenda atas hal ini oleh orang lain,” kata peguam hak cipta harta intelek, Josh Gerben sambil memberitahu beliau telah menghitung bahawa terdapat hampir 900 pendaftaran jenama dagangan aktif di Amerika Syarikat (AS) yang sudah menggunakan jenama huruf X dalam pelbagai industri.

Hasrat pemilik Twitter, Elon Musk untuk menjenamakan semula platform media sosial itu dengan nama ‘X’ diliihat agak sulit kerana untuk mencapai tujuan itu, beliau harus berhadapan dengan masalah undang-undang.

Menurut laporan Reuters, ini kerana, hak cipta harta intelek berjenama ‘X’ itu juga dimiliki oleh Meta, Microsoft, dan ratusan syarikat lain.

Huruf X begitu banyak digunakan dalam jenama perdagangan dan berupaya dicabar di mahkamah termasuk bagi syarikat yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter berpotensi berhadapan dengan isu untuk mempertahankan tujuan penggunaan X sebagai jenamanya pada masa hadapan.

“Terdapat 100 peratus kemungkinan Twitter akan didenda atas hal ini oleh orang lain,” kata peguam hak cipta harta intelek, Josh Gerben sambil memberitahu beliau telah menghitung bahawa terdapat hampir 900 pendaftaran jenama dagangan aktif di Amerika Syarikat (AS) yang sudah menggunakan jenama huruf X dalam pelbagai industri.

Pada Isnin lalu, Musk mengumumkan hasratnya mengubah nama jaringan media sosial Twitter menjadi X serta memperkenalkan logo baharu untuk platform media sosial tersebut iaitu versi hitam-putih.

Sejak tahun 2003, Microsoft telah memiliki jenama X berkait dengan komunikasi iaitu sistem permainan video Xbox-nya.

Sementara Meta Platforms yang memperkenalkkan Threads iaitu pesaing baharu Twitter pula mempunyai hak cipta ke atas jenama yang berdaftar pada tahun 2019 mencakupi huruf ‘X’ berwarna biru dan putih untuk bidang seperti perisian komputer dan media sosial.

Dalam perkembangan sama, Meta dan Microsoft berkemungkinan tidak akan mengambil tindakan undang-undang kecuali jika mereka benar-benar berasa terancam ‘X’ milik Twitter mengganggu kepentingan jenama yang mereka bangunkan atas huruf tersebut, kata Gerben.

Meta sendiri berhadapan dengan tentangan undang-undang berhubung hak cipta hak harta intelek apabila mengubah namanya daripada Facebook.

Dan jika Musk berhasil mengubah nama, orang lain juga masih mempunyai harapan untuk mendakwa ‘X’ untuk diri mereka sendiri. 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *