Connect with us

Antarabangsa

Restoran buang pinggan mangkuk selepas pempengaruh makan keropok babi bersama bakso

Sebuah restoran berstatus halal di Pulau Bali, Indonesia terpaksa membuang semua peralatan makanan di premis itu selepas seorang pempengaruh media sosial memuat naik video dia menikmati bakso bersama keropok babi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Restoran buang pinggan mangkuk selepas pempengaruh makan keropok babi bersama bakso
Foto: Tangkap layar video seorang pempengaruh media sosial menikmati bakso bersama keropok babi.
  • Sebuah restoran berstatus halal di Pulau Bali, Indonesia terpaksa membuang semua peralatan makanan di premis itu selepas seorang pempengaruh media sosial memuat naik video dia menikmati bakso bersama keropok babi.
  • Portal berita Okezone melaporkan, pempengaruh media sosial bernama Jovi Adhiguna itu merakam video dia sedang makan di restoran A Fung Baso, Lapangan Terbang Ngurah Rai.
  • Dia kemudian memuat naik video tersebut di laman Instagram sebelum ia  tular dan menerima kecaman netizen.
  • “Kami mengambil serius sijil halal yang dimiliki  A Fung Baso. Justeru, kami mengambil langkah terbaik membuang semua peralatan makanan yang ada di A Fung Baso Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali,” kata pihak pengurusan di laman Instagram.

JAKARTA –  Sebuah restoran berstatus halal di Pulau Bali, Indonesia terpaksa membuang semua peralatan makanan di premis itu selepas seorang pempengaruh media sosial memuat naik video dia menikmati bakso bersama keropok babi.

Portal berita Okezone melaporkan, pempengaruh media sosial bernama Jovi Adhiguna itu merakam video dia sedang makan di restoran A Fung Baso, Lapangan Terbang Ngurah Rai.

Dia kemudian memuat naik video tersebut di laman Instagram sebelum ia  tular dan menerima kecaman netizen.

Menurut syarikat pengendali restoran, sebagai rasa bertanggungjawab atas insiden tersebut, pihaknya komited membuang semua peralatan makanan yang dipercayai tercemar dengan keropok itu.

“Kami mengambil serius sijil halal yang dimiliki  A Fung Baso. Justeru, kami mengambil langkah terbaik membuang semua peralatan makanan yang ada di A Fung Baso Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali,” kata pihak pengurusan di laman Instagram.

Restoran tersebut selain itu turut memohon maaf kepada orang ramai yang berasa bimbang berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu, Jovi kemudian turut membuat permohonan maaf kepada pihak restoran selepas videonya mendapat kecaman netizen.

“Saya sedang menunggu respons daripada pihak pengendali restoran. Sekiranya saya diminta menggantikan peralatan makanan atau apa-apa sahaja, saya pasti akan bertanggungjawab,” katanya. – AGENSI 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *