Connect with us

Antarabangsa

Suhu panas melampau melanda kem pelarian di Syria – White Helmets

Gelombang haba yang mencengkam kawasan di utara dan barat laut Syria telah mencetuskan beberapa kejadian kebakaran, selain meragut nyawa dan mencederakan penduduk, termasuk kanak-kanak, menurut kumpulan pertahanan awam White Helmets pada Rabu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Suhu panas melampau melanda kem pelarian di Syria – White Helmets
Foto: Gambar kem pelarian di Syria.
  • Gelombang haba yang mencengkam kawasan di utara dan barat laut Syria telah mencetuskan beberapa kejadian kebakaran, selain meragut nyawa dan mencederakan penduduk, termasuk kanak-kanak, menurut kumpulan pertahanan awam White Helmets pada Rabu.
  • Menurut White Helmets, kebakaran membahayakan nyawa kanak-kanak dan warga emas yang tinggal di kem pelarian.
  • Ketua White Helmets, Raed Saleh, berkata setakat bulan ini, kebakaran telah mengakibatkan kematian tiga kanak-kanak dan dua lagi cedera.
  • “Jumlah kebakaran meningkat pada bulan Julai di kawasan luar bandar Idlib dan Aleppo,” katanya kepada Agensi Berita Jerman.
  • Suhu kini berada pada paras 36 darjah Celsius, dengan suhu di wilayah sekitar Idlib dijangka meningkat kepada lebih 40 darjah menjelang hujung minggu.

BEIRUT: Gelombang haba yang mencengkam kawasan di utara dan barat laut Syria telah mencetuskan beberapa kejadian kebakaran, selain meragut nyawa dan mencederakan penduduk, termasuk kanak-kanak, menurut kumpulan pertahanan awam White Helmets pada Rabu.

Menurut White Helmets, kebakaran membahayakan nyawa kanak-kanak dan warga emas yang tinggal di kem pelarian.

Ketua White Helmets, Raed Saleh, berkata setakat bulan ini, kebakaran telah mengakibatkan kematian tiga kanak-kanak dan dua lagi cedera. 

“Jumlah kebakaran meningkat pada bulan Julai di kawasan luar bandar Idlib dan Aleppo,” katanya kepada Agensi Berita Jerman.

Beliau berkata setakat Julai ini, pasukan itu telah mengendalikan lebih 280 kes kebakaran.

“Kira-kira 120 kebakaran berlaku di kawasan pertanian, 53 di rumah penduduk tempatan dan 16 di kem pelarian,” katanya.

Ketua kem pelarian di Maaret Masreen dekat Idlib di barat laut Syria, Abdel Salam Mohammed, berkata suhu tinggi telah menjejaskan kanak-kanak dan warga emas.

“Kebanyakan khemah kami tidak mempunyai sistem pengasingan untuk melindungi daripada haba pada musim panas atau sejuk pada musim sejuk,” katanya.

Suhu kini berada pada paras 36 darjah Celsius, dengan suhu di wilayah sekitar Idlib dijangka meningkat kepada lebih 40 darjah menjelang hujung minggu.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *