Connect with us

Terkini

DAP adalah “pakar merobohkan tokong” – Pengerusi Gerakan Pulau Pinang

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak pernah merobohkan tokong atau kuil sepanjang 15 tahun pentadbiran di Pulau Pinang adalah satu pembohongan, kata Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

DAP adalah "pakar merobohkan tokong” – Pengerusi Gerakan Pulau Pinang
Foto: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kiri) dan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong (kanan).
  • Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak pernah merobohkan tokong atau kuil sepanjang 15 tahun pentadbiran di Pulau Pinang adalah satu pembohongan, kata Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong.
  • Menurut Sin Chew Daily, Tong Keong menyifatkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai “pakar merobohkan tokong”.
  • Beliau menyenaraikan empat contoh berkaitan iaitu kerajaan negeri Pulau Pinang merobohkan kuil Hindu di Pantai Tanjung Bungah pada 2008, Tokong Kim Sua Pek Kong Kampung Simpah di Butterworth (2009), Tokong Tua Pek Gong di tengah Bukit Mutiara Tanjung Bungah (2015) dan Tokong Tua Pek Gong di puncak Bukit Mutiara Tanjung Bungah (2016).

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak pernah merobohkan tokong atau kuil sepanjang 15 tahun pentadbiran di Pulau Pinang adalah satu pembohongan, kata Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong.

Menurut Sin Chew Daily, Tong Keong menyifatkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai “pakar merobohkan tokong”.

Beliau menyenaraikan empat contoh berkaitan iaitu kerajaan negeri Pulau Pinang merobohkan kuil Hindu di Pantai Tanjung Bungah pada 2008, Tokong Kim Sua Pek Kong Kampung Simpah di Butterworth (2009), Tokong Tua Pek Gong di tengah Bukit Mutiara Tanjung Bungah (2015) dan Tokong Tua Pek Gong di puncak Bukit Mutiara Tanjung Bungah (2016).

Tong Keong berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang semalam.

Beliau berkata PH turut merobohkan kuil Hindu di Taman Petani Jaya Kedah dan tokong kecil Datuk Kong di tepi Jalan Bakar Sampah menuju ke Jalan Paya Nahu.

Katanya, Majlis Bandaraya Ampang Jaya juga merobohkan kuil Hindu di kawasan itu dan mengakibatkan kira-kira 300 orang India membuat perhimpunan aman di luar bangunan kerajaan negeri.

Beliau menggesa Kon Yeow supaya tidak menipu pengundi dan menafikan apa telah dilakukannya. 

Tong Keong berkata jika Kon Yeow melakukan kesalahan pada masa lalu, dia boleh meminta maaf dan menjelaskannya sekarang dan berjanji tidak akan mengulangi tindakan itu pada masa hadapan.

Sumber: Sin Chew Daily

Author