Antarabangsa
Penunjuk perasaan bakar Kedutaan Sweden di Baghdad, susulan insiden bakar al-Quran
Kumpulan penunjuk perasaan membakar Kedutaan Sweden di ibu kota Iraq, Baghdad awal hari ini kata seorang wartawan AFP, menjelang rancangan untuk membakar kitab suci al-Quran di Sweden.
- Kumpulan penunjuk perasaan membakar Kedutaan Sweden di ibu kota Iraq, Baghdad awal hari ini kata seorang wartawan AFP, menjelang rancangan untuk membakar kitab suci al-Quran di Sweden.
- Beliau melaporkan melihat asap tebal naik ke udara dari bangunan kedutaan Sweden di Baghdad dan berpuluh-puluh penunjuk perasaan masih berada di lokasi kejadian, manakala sejumlah besar polis rusuhan Iraq telah dikerahkan ke sana.
- “Kami berhimpun hari ini untuk mengutuk pembakaran al-Quran. Kami menuntut kerajaan Sweden dan kerajaan Iraq menghentikan perbuatan seperti ini,” kata penunjuk perasaan, Hassan Ahmed kepada AFP.
BAGHDAD: Kumpulan penunjuk perasaan membakar Kedutaan Sweden di ibu kota Iraq, Baghdad awal hari ini kata seorang wartawan AFP, menjelang rancangan untuk membakar kitab suci al-Quran di Sweden.
Pihak berkuasa Sweden meluluskan perhimpunan lewat hari ini di luar kedutaan Iraq di Stockholm di mana penganjur merancang membakar senaskah al-Quran, di samping bendera Iraq.
Rakyat Iraq berang berikutan insiden membakar al-Quran di Sweden sebelum ini, manakala bantahan ganas di Baghdad hari ini dianjurkan oleh penyokong pemimpin Syiah, Moqtada Sadr.
Seorang wartawan AFP melaporkan melihat asap tebal naik ke udara dari bangunan kedutaan Sweden di Baghdad dan berpuluh-puluh penunjuk perasaan masih berada di lokasi kejadian, manakala sejumlah besar polis rusuhan Iraq telah dikerahkan ke sana.
“Kami berhimpun hari ini untuk mengutuk pembakaran al-Quran. Kami menuntut kerajaan Sweden dan kerajaan Iraq menghentikan perbuatan seperti ini,” kata penunjuk perasaan, Hassan Ahmed kepada AFP.
Sumber: Kosmo