Antarabangsa
UNESCO digesa lindungi tapak arkeologi Palestin daripada dirampas zionis Israel
Pihak Berkuasa Palestin (PA) memberi amaran mengenai rancangan negara haram Israel untuk mengambil alih tapak arkeologi Palestin.
- Pihak Berkuasa Palestin (PA) memberi amaran mengenai rancangan negara haram Israel untuk mengambil alih tapak arkeologi Palestin.
- Kementerian Luar PA dalam kenyataan menggesa Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) untuk memikul tanggungjawab menangani usaha berkenaan.
- Kementerian itu mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas Israel pada Khamis lalu ke atas perkampungan arkeologi Sebastia.
- PA menuduh tentera Israel dan puak peneroka haram merancang untuk menguasai tapak arkeologi era Rom itu.
- “Ini adalah satu serangan yang termasuk dalam usaha untuk mengambil alih tapak arkeologi Palestin di seluruh Tebing Barat dan untuk mengenakan kawalan Israel ke atas mereka dan menggabungkannya,” kata kementerian.
- Menurut kementerian, kenyataan yang dilaporkan media Israel mengesahkan bahawa kerajaan Tel Aviv akan memperuntukkan ratusan juta syikal untuk tujuan mengambil alih tapak berkenaan.
RAMALLAH, 27 Zulhijjah 1444H, Ahad – Pihak Berkuasa Palestin (PA) memberi amaran mengenai rancangan negara haram Israel untuk mengambil alih tapak arkeologi Palestin.
Justeru, Kementerian Luar PA dalam kenyataan menggesa Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) untuk memikul tanggungjawab menangani usaha berkenaan.
Kementerian itu mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas Israel pada Khamis lalu ke atas perkampungan arkeologi Sebastia.
PA menuduh tentera Israel dan puak peneroka haram merancang untuk menguasai tapak arkeologi era Rom itu.
“Ini adalah satu serangan yang termasuk dalam usaha untuk mengambil alih tapak arkeologi Palestin di seluruh Tebing Barat dan untuk mengenakan kawalan Israel ke atas mereka dan menggabungkannya,” kata kementerian.
Menurut kementerian, kenyataan yang dilaporkan media Israel mengesahkan bahawa kerajaan Tel Aviv akan memperuntukkan ratusan juta syikal untuk tujuan mengambil alih tapak berkenaan.
Kementerian Luar menegaskan bahawa rancangan ini adalah sebahagian daripada pengilhakan secara beransur-ansur Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki.
Atas dasar itu, PA menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya UNESCO untuk memikul tanggungjawab melindungi tapak arkeologi dan warisan milik Palestin.
Sumber: Ismaweb