Connect with us

Terkini

‘Selayang Ku Sayang Vape’, promosi vape kian parah meracuni kanak-kanak

‘Selayang Ku Sayang Vape’, demikian kenyataan sarkastik Public Health Malaysia susulan tular gambar papan iklan didakwa mempromosikan vape di sekitar jalan raya kawasan itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Paparan iklan yang menyatakan nama jenama vape yang mengadakan promosi iaitu ‘The Vape Lounge, Wangsa Maju’.
  • Selayang Ku Sayang Vape’, demikian kenyataan sarkastik Public Health Malaysia susulan tular gambar papan iklan didakwa mempromosikan vape di sekitar jalan raya kawasan itu.
  • Public Health Malaysia yang sebelum ini menyifatkan vape dihalalkan sebagai sejarah hitam dalam kawalan tembakau di Malaysia, berkata promosi vape yang ‘jelik’ itu adalah kesan daripada tiada undang-undang untuk melarang tindakan berkenaan.
  • “Bayangkan, setiap hari anak-anak nak ke sekolah lalu jalan ini nampak promosi vape. Halus meracun minda anak anak,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) di sini hari ini.
  • Public Health Malaysia memuat naik beberapa gambar papan iklan itu yang memaparkan peranti seakan ‘powerbank’ dan dalam bentuk corak yang menarik serta berwarna-warni.
  • Paparan iklan itu turut menyatakan nama jenama vape yang mengadakan promosi iaitu ‘The Vape Lounge, Wangsa Maju’.
  • The Merdeka Times (TMT) mendapati rata-rata netizen di ruangan komen mengkritik papan iklan itu yang disifatkan mempromosikan penyakit dan bukan langkah bertamadun.
  • TMT sudah menghubungi Majlis Perbandaran Selayang (MPS)  berhubung isu ini dan dimaklumkan pihak berkuasa tempatan itu akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat. 

KUALA LUMPUR —Selayang Ku Sayang Vape’, demikian kenyataan sarkastik Public Health Malaysia susulan tular gambar papan iklan didakwa mempromosikan vape di sekitar jalan raya kawasan itu.

Public Health Malaysia yang sebelum ini menyifatkan vape dihalalkan sebagai sejarah hitam dalam kawalan tembakau di Malaysia, berkata promosi vape yang ‘jelik’ itu adalah kesan daripada tiada undang-undang untuk melarang tindakan berkenaan.

Katanya, ia antara usaha halus meracun minda anak-anak sekiranya papan iklan itu dinaikkan di laluan pelajar sekolah.

“Inilah akibat dari TIADA undang-undang untuk melarang promosi vape.  Billboard di sekitar Selayang dicemari dengan promosi vape yang menjelikkan.

“Bayangkan, setiap hari anak-anak nak ke sekolah lalu jalan ini nampak promosi vape. Halus meracun minda anak-anak,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) di sini hari ini.

Public Health Malaysia turut memuat naik beberapa gambar papan iklan terbabit yang memaparkan peranti seakan ‘powerbank’ dan dalam bentuk corak yang menarik serta berwarna-warni.

Paparan iklan itu turut menyatakan nama jenama vape yang mengadakan promosi iaitu ‘The Vape Lounge, Wangsa Maju’.

Foto: Tangkap layar FaceBook Public Health Malaysia.

Tinjauan The Merdeka Times (TMT) di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengkritik iklan itu yang disifatkan mempromosi penyakit dan bukan langkah bertamadun.

Netizen turut menuntut penjelasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengenai kelulusan siaran papan iklan itu.

Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Murallitharan Munisamy sebelum ini dilaporkan menyuarakan kebimbangan apabila Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 masih belum diluluskan di Parlimen untuk membolehkan kawalan dibuat ke atas nikotin.

Situasi ini, dikhuatiri akan merisikokan 5,000 hingga 10,000 kanak-kanak baru yang menjadi ketagih nikotin (penggunaan vape).

Katanya, ketersediaan nikotin yang sah pada masa ini membolehkannya dibeli dan digunakan kanak-kanak dan orang muda.

Dalam pada itu, usaha menormalisasikan vape ataupun e-cigarette dalam kalangan kanak-kanak disifatkan semakin parah apabila sampul duit raya yang sinonim diberikan di musim perayaan Aidilfitri turut mempromosikan produk itu.

TMT sudah menghubungi MPS berhubung isu ini dan dimaklumkan pihak berkuasa tempatan itu akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Public Health Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *