Connect with us

Antarabangsa

Peneroka haram Yahudi ceroboh Masjid al-Aqsa, lakukan ritual Talmud

Puluhan peneroka haram Yahudi menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa di bawah perlindungan ketat polis Israel pada Khamis, lapor agensi berita Wafa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Peneroka haram Yahudi ceroboh Masjid al-Aqsa, lakukan ritual Talmud
Foto: Puluhan peneroka haram Yahudi menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa di bawah perlindungan ketat polis Israel.
  • Puluhan peneroka haram Yahudi menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa di bawah perlindungan ketat polis Israel pada Khamis, lapor agensi berita Wafa.
  • Menurut Wakaf Islam, puluhan peneroka berkenaan berpecah kepada beberapa kumpulan dan menyerbu kawasan masjid dari pintu al-Maghariba dan melakukan lawatan provokatif di sekitarnya.
  • Katanya, kumpulan peneroka pelampau itu juga turut bertindak melakukan ritual Talmud di bahagian timur masjid.
  • Pencerobohan itu berlaku ketika tentera pengganas Israel memperhebatkan tindakannya terhadap rakyat Palestin yang datang dari Baitulmaqdis untuk memasuki Masjid al-Aqsa, dengan memeriksa ID serta menahan mereka.

RAMALLAH, 25 Zulhijjah 1444H, Jumaat – Puluhan peneroka haram Yahudi menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa di bawah perlindungan ketat polis Israel pada Khamis, lapor agensi berita Wafa.

Menurut Wakaf Islam, puluhan peneroka berkenaan berpecah kepada beberapa kumpulan dan menyerbu kawasan masjid dari pintu al-Maghariba dan melakukan lawatan provokatif di sekitarnya.

Katanya, kumpulan peneroka pelampau itu juga turut bertindak melakukan ritual Talmud di bahagian timur masjid.

Pencerobohan itu berlaku ketika tentera pengganas Israel memperhebatkan tindakannya terhadap rakyat Palestin yang datang dari Baitulmaqdis untuk memasuki Masjid al-Aqsa, dengan memeriksa ID serta menahan mereka.

Sementara di Tebing Barat, tentera Israel menahan 15 rakyat Palestin, termasuk seorang bekas banduan dan wanita dari beberapa kawasan di wilayah diduduki itu.

Penahanan itu membabitkan seorang bekas tahanan Palestin di Tubas, dua lagi termasuk seorang wanita di Bethlehem.

Lima lagi rakyat Palestin ditahan dari daerah Ramallah, selain seorang dari Baitulmaqdis dan enam di daerah Hebron.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *