Connect with us

Antarabangsa

Setahun Taliban memerintah: Kehilangan wanita dalam tenaga kerja Afghanistan?

Sudah setahun Masuda Samar, 43, seorang pegawai kanan di sebuah kementerian di Afghanistan, tidak masuk ke pejabatnya.

Wartawan TMT

Published

on

taliban memerintah Kehilangan wanita dalam tenaga kerja Afghanistan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Emeriyah Islam Afghanistan diterajui Taliban didakwa mengekang hak kebebasan wanita dalam sektor pekerjaan.
  • Menurut laporan Al Jazeera, Emeriyah Islam Afghanistan mengehadkan wanita memasuki tempat bekerja dan mengurangkan gaji mengikut kadar bekerja dari rumah walaupun kerajaan semasa itu tidak memecat secara langsung kakitangan kerajaan.
  • Masuda Samar, seorang pegawai kanan di sebuah kementerian di Afghanistan, berkata beliau dihalang masuk ke pejabatnya sejak setahun lalu dan dibayar gaji sedikit bekerja dari rumah.
  • Samar, 43, yang menggunakan nama samaran, mendakwa pihak jabatan sumber manusia meminta ahli keluarga lelaki menggantikan tempatnya di kementerian ekoran beban kerja meningkat. 

AFGHANISTAN – Sudah setahun Masuda Samar, 43, seorang pegawai kanan di sebuah kementerian di Afghanistan, tidak masuk ke pejabatnya.

Pada 15 Ogos tahun lalu, Masuda bergegas pulang dari kerja untuk bersama keluarganya selepas mendengar berita Presiden Afghanistan pada ketika itu melarikan diri keluar negara, lantas membuka jalan kepada Taliban menawan ibu kota Kabul.

Selepas beberapa hari dan keadaan semakin reda, Samar yang meminta namanya ditukarkan bagi temubual ini atas faktor keselamatan, kembali ke kementerian terbabit, namun dimaklumkan yang beliau tidak lagi dialu-alukan ke pejabat di mana wanita itu bekerja sejak 17 tahun lalu.

Taliban didakwa mengenakan beberapa kekangan ke atas kebebasan wanita sejak berkuasa.

Menurut laporan Al Jazeera, Emeriyah Islam Afghanistan diterajui Taliban mengehadkan wanita memasuki tempat bekerja dan mengurangkan gaji mengikut kadar bekerja dari rumah walaupun mereka tidak memecat secara langsung kakitangan kerajaan seperti Samar.

“Kami cuba beberapa kali untuk ke tempat kerja pada tahun lepas (untuk merayu mendapat kerja kembali). Kami bersepakat untuk tunggu di pintu pagar kementerian selama beberapa hari menunggu menteri baharu untuk menukar keputusan itu tapi kami dihalau (pengawal Taliban),” kata Samar kepada Al-Jazeera.

Samar sering mengeluarkan gajinya yang sedikit akibat tekanan kewangan keluarga, tetapi wanita itu merasa amat terhina.

“Setiap kali ke bank, saya kesat air mata saya kerana terasa terhina menerima jumlah gaji (yang sedikit) itu kerana hak saya untuk bekerja dan mendapat gaji berpatutan sudah tiada. Saya rasa seperti pengemis.

“Bulan lepas, saya ada terima satu panggilan daripada jabatan sumber manusia (HR) meminta saya memperkenalkan ahli keluarga lelaki bagi menggantikan tempat saya. Pihak HR memaklumkan beban kerja semakin meningkat akibat kekurangan pekerja wanita dan mereka mahu mengambil pekerja lelaki sebagai ganti.

“Saya yang bertungkus-lumus belajar untuk mendapat kerja ini. Saya yang berhempas pulas bekerja untuk naik pangkat dan berada di kedudukan ini walaupun susah dan mencabar. Kenapa nak bagi kerja saya kepada suami dan abang saya?” kata Samar.

Pengurangan bilangan pekerja wanita didakwa turut berlaku dalam sektor swasta membabitkan beberapa organisasi ekoran tekanan kewangan, paksaan atau sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan ketidaksenangan kerajaan semasa.

Sumber: Al Jazeera

Author

Antarabangsa

Yahya Sinwar ‘keluar’ lawat kawasan, keluarga tebusan Israel selar kegagalan rejim

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.
  • Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.
  • Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.
  • MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.
  • Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.
  • “Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.

MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.

Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.

“Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan pada Sabtu menuntut pilihan raya baharu dan menggesa kerajaan mengambil langkah selanjutnya untuk mengembalikan 133 tawanan perang yang ditahan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending