Connect with us

Terkini

Syarikat penerbangan bertanggungjawab hantar pulang pengembara NTL – Saifuddin

Jemaah Menteri memutuskan proses penghantaran pulang pengembara yang ditolak masuk (NTL) ke negara ini diuruskan syarikat penerbangan tanpa membabitkan pihak ketiga.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Syarikat penerbangan bertanggungjawab hantar pulang pengembara NTL – Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Jemaah Menteri memutuskan proses penghantaran pulang pengembara yang ditolak masuk (NTL) ke negara ini diuruskan syarikat penerbangan tanpa membabitkan pihak ketiga.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan yang dibuat Kabinet adalah selari dengan konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
  • Jelas beliau, menurut ICAO, syarikat penerbangan bertanggungjawab menguruskan penghantaran pulang pengembara NTL, termasuk menanggung kos makan dan minum serta tiket penerbangan.
  • “Jadi Kabinet hari ini bersetuju untuk proses penghantaran pulang diuruskan oleh syarikat penerbangan, tanpa melalui pihak ketiga,” katanya dalam sidang media khas di sini pada Rabu. 

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri memutuskan proses penghantaran pulang pengembara yang ditolak masuk (NTL) ke negara ini diuruskan syarikat penerbangan tanpa membabitkan pihak ketiga.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan yang dibuat Kabinet adalah selari dengan konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Jelas beliau, menurut ICAO, syarikat penerbangan bertanggungjawab menguruskan penghantaran pulang pengembara NTL, termasuk menanggung kos makan dan minum serta tiket penerbangan.

“Jadi Kabinet hari ini bersetuju untuk proses penghantaran pulang diuruskan oleh syarikat penerbangan, tanpa melalui pihak ketiga.

“Maknanya ini sesuai dengan Akta Imigresen 1959/1963 dan sesuai dengan ICAO, yang menyebut dengan jelas bahawa mereka adalah pihak yang sepatutnya mengambil tanggungjawab.

“Apabila seseorang pengembara nak berlepas dari lokasi terakhir, syarikat penerbangan bertanggungjawab sebelum dia mengeluarkan ‘boarding pass’.

“Syarikat penerbangan kena tahu status pengembara itu ada tak tiket pulang dan barulah boleh keluarkan ‘boarding pass’. Itu adalah proses biasa di peringkat antarabangsa,” katanya dalam sidang media khas di sini pada Rabu.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *