Antarabangsa
Russia pinda undang-undang ubah jantina, turut larang golongan trans ambil anak angkat
Jawatankuasa perlindungan kesihatan dewan rendah Russia menyokong dua pindaan rang undang-undang yang melarang “perubahan jantina” dengan salah satu pindaan tidak membenarkan mereka mengambil anak angkat.
- Jawatankuasa perlindungan kesihatan dewan rendah Russia menyokong dua pindaan rang undang-undang yang melarang “perubahan jantina” dengan salah satu pindaan tidak membenarkan mereka mengambil anak angkat.
- Rang undang-undang yang mengharamkan pembedahan tukar jantina dan rawatan hormon itu tidak terpakai pada mereka yang diuji masalah fisiologi kongenital, lapor Novaya Gazeta.
- Timbalan pengerusi jawatankuasa, Sergey Leonov memberitahu TASS bahawa, “perkahwinan yang didaftarkan sepasang lelaki dan wanita, kemudian salah seorang mempunyai jantina berbeza, akan dibatalkan”.
Jawatankuasa perlindungan kesihatan dewan rendah Russia menyokong dua pindaan rang undang-undang yang melarang “perubahan jantina” dengan salah satu pindaan tidak membenarkan mereka mengambil anak angkat.
Rang undang-undang yang mengharamkan pembedahan tukar jantina dan rawatan hormon itu tidak terpakai pada mereka yang diuji masalah fisiologi kongenital, lapor Novaya Gazeta.
Pindaan seterusnya berkaitan kebenaran membatalkan perkahwinan yang didapati salah seorang, atau kedua-dua pasangan itu, menjalani prosedur pembedahan jantina.
Timbalan pengerusi jawatankuasa, Sergey Leonov memberitahu TASS bahawa, “perkahwinan yang didaftarkan sepasang lelaki dan wanita, kemudian salah seorang mempunyai jantina berbeza, akan dibatalkan”.
Pindaan bersifat retroaktif itu juga bermaksud ia akan membatalkan perkahwinan yang perubahan jantina dilakukan sebelum rang undang-undang itu diperkenalkan.
Selain itu, individu yang melalui perubahan jantina di luar negara tidak akan diberi dokumen pengenalan Russia walaupun dengan penamaan jantina yang betul.
Sumber: Novaya Gazeta