Antarabangsa
Selepas larangan propaganda LGBTQ di media, Rusia akan haramkan tukar jantina
Penggubal undang-undang Rusia pada Rabu memberikan kelulusan awal kepada rang undang-undang (RUU) yang akan mengharamkan prosedur pertukaran jantina.

- Penggubal undang-undang Rusia pada Rabu memberikan kelulusan awal kepada rang undang-undang (RUU) yang akan mengharamkan prosedur pertukaran jantina.
- Pyotr Tolstoy, penggubal undang-undang kanan dan yang juga penaja kepada usul RUU itu menyatakan ia bertujuan melindungi budaya, nilai kekeluargaan dan tradisi Rusia daripada ideologi anti-kekeluargaan Barat.
- RUU itu akan melarang sebarang “intervensi klinikal mengubah sifat jantina individu”, termasuk perubahan penyataan jantina dalam dokumen rasmi dan rekod awam.
- Dengan tiga bacaan di State Duma sebelum ia diwartakan, rang undang-undang itu dijangka diluluskan selepas menerima sokongan 400 daripada 450 ahli dewan, termasuk speaker dewan dan pemimpin politik pelbagai cabang.
Penggubal undang-undang Rusia pada Rabu memberikan kelulusan awal kepada rang undang-undang (RUU) yang akan mengharamkan prosedur pertukaran jantina.
Pyotr Tolstoy, penggubal undang-undang kanan dan yang juga penaja kepada usul RUU itu menyatakan ia bertujuan melindungi budaya, nilai kekeluargaan dan tradisi Rusia daripada ideologi anti-kekeluargaan Barat.
RUU itu akan melarang sebarang “intervensi klinikal mengubah sifat jantina individu”, termasuk perubahan penyataan jantina dalam dokumen rasmi dan rekod awam, demikian lapor Daily Press.
Dengan tiga bacaan di State Duma sebelum ia diwartakan, rang undang-undang itu dijangka diluluskan selepas menerima sokongan 400 daripada 450 ahli dewan, termasuk speaker dewan dan pemimpin politik pelbagai cabang.
Vyacheslav Volodin, Speaker Dewan State Duma menggelar perubahan jantina sebagai “kesyaitanan tulen” ketika beliau membuka proses undian pada Rabu.
“Kita tidak mahu ia berlaku dalam negara kita. Biarkan polisi iblis ini dijalankan AS (Amerika Syarikat),” kata Volodin.
Berdasarkan laporan, kesepakatan sokongan yang ditonjolkan dalam State Duma itu hanya muncul tiga kali di bawah pimpinan Presiden Vladimir Putin.
Kesepakatan tahun lalu adalah apabila 385 ahli dewan menyokong rang undang-undang melarang “propaganda hubungan seksual bukan tradisional” dalam kalangan individu dewasa.
Inisiatif melarang penampakan positif atau neutral individu LGBTQ+ dalam filem, sastera dan media itu dengan mudah diluluskan dan dikuatkuasakan menjelang Disember 2022, sebelum RUU mengekang transgender diperkenalkan beberapa bulan selepas itu.
Sumber: Daily Press
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS