Antarabangsa
Turkiye ikrar terus menentang tindakan jejas kesucian Masjid al-Aqsa
Turkiye memberi jaminan akan menentang sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kesucian dan status Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
- Turkiye memberi jaminan akan menentang sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kesucian dan status Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
- Jaminan berkenaan disuarakan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan ketika bercakap dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melalui panggilan telefon sempena sambutan Aidiladha.
- Katanya, Ankara akan terus menyokong Palestin meskipun Aidiladha kali ini disambut dalam keadaan yang menyedihkan berikutan beberapa serangan udara Zionis sehingga mengorbankan mencederakan beberapa rakyat di wilayah yang terkepung.
- Isnin lalu, Israel melancarkan beberapa serangan udara di Kem Pelarian Jenin di Tebing Barat sehingga mengorbankan tujuh rakyat Palestin yang tidak bersalah.
ANKARA – Turkiye memberi jaminan akan menentang sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kesucian dan status Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Jaminan berkenaan disuarakan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan ketika bercakap dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melalui panggilan telefon sempena sambutan Aidiladha.
Katanya, Ankara akan terus menyokong Palestin meskipun Aidiladha kali ini disambut dalam keadaan yang menyedihkan berikutan beberapa serangan udara Zionis sehingga mengorbankan mencederakan beberapa rakyat di wilayah yang terkepung.
Isnin lalu, Israel melancarkan beberapa serangan udara di Kem Pelarian Jenin di Tebing Barat sehingga mengorbankan tujuh rakyat Palestin yang tidak bersalah.
Serangan berkenaan turut mengorbankan seorang bayi lelaki dan perempuan selain menyebabkan kecederaan kepada 91 penduduk, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dalam kenyataan.
Erdogan turut menyampaikan takziah kepada mangsa yang kehilangan ahli keluarga akibat terkena serangan Zionis. – Agensi
Sumber: ISMAWEB