Connect with us

Terkini

Isu tuntutan kumpulan Sulu: Peguam yakin Malaysia ada peluang menang – Azalina

Peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan Kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu tuntutan kumpulan Sulu: Peguam yakin Malaysia ada peluang menang – Azalina
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan Kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketika ini, beliau mengadakan lawatan bersama Peguam Cara Negara II Datuk Almalena Sharmila Johan (mewakili Jabatan Peguam Negara) dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Dato Akmal Che Mustafa ke Madrid, Sepanyol di mana lapan individu yang mendakwa waris Sulu memulakan timbang tara.
  • Katanya dalam lawatan itu, beliau telah mengadakan perbincangan dan menerima taklimat daripada firma guaman yang mewakili Malaysia iaitu Uria Menandez dari Sepanyol, Bredin Prat (Perancis), Fietta LLP (United Kingdom) serta perunding perhubungan awam PA Associates (United Kingdom) dalam kes tuntutan tersebut sementara menunggu keputusan Mahkamah The Hague pada 27 Jun ini.
  • “Namun, apa jua keputusan, Kerajaan MADANI kekal dengan pendirian untuk meneruskan usaha memastikan kedaulatan Malaysia terpelihara dalam kes ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau semalam.

KUALA LUMPUR — Peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan Kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketika ini, beliau mengadakan lawatan bersama Peguam Cara Negara II Datuk Almalena Sharmila Johan (mewakili Jabatan Peguam Negara) dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Dato Akmal Che Mustafa ke Madrid, Sepanyol di mana lapan individu yang mendakwa waris Sulu memulakan timbang tara.

Katanya dalam lawatan itu, beliau telah mengadakan perbincangan dan menerima taklimat daripada firma guaman yang mewakili Malaysia iaitu Uria Menandez dari Sepanyol, Bredin Prat (Perancis), Fietta LLP (United Kingdom) serta perunding perhubungan awam PA Associates (United Kingdom) dalam kes tuntutan tersebut sementara menunggu keputusan Mahkamah The Hague pada 27 Jun ini.

“Namun, apa jua keputusan, Kerajaan MADANI kekal dengan pendirian untuk meneruskan usaha memastikan kedaulatan Malaysia terpelihara dalam kes ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau semalam.

Justeru, Azalina memohon semua rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada usaha kerajaan dalam memperjuang isu itu dan mendoakan kejayaan demi kedaulatan tanah air.

Kumpulan lapan individu warga Filipina itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author