Antarabangsa
Seorang dianggarkan maut setiap 48 saat akibat kebuluran di Afrika Timur
Seorang berkemungkinan mati kelaparan setiap 48 saat di Ethiopia, Kenya dan Somalia, demikian anggaran Oxfam dan Save the Children dalam laporan diterbitkan pada 2022.
- Seorang berkemungkinan mati kelaparan setiap 48 saat di Ethiopia, Kenya dan Somalia.
- Perkara itu dianggarkan oleh Oxfam dan Save the Children dalam laporan diterbitkan pada 2022.
- Perubahan iklim yang membawa kemarau ditambah dengan konflik yang berlaku memaksa rakyat negara berkenaan untuk meninggalkan kediaman mereka.
Seorang berkemungkinan mati kelaparan setiap 48 saat di Ethiopia, Kenya dan Somalia, demikian anggaran Oxfam dan Save the Children dalam laporan diterbitkan pada 2022.
Hampir setengah juta orang di seluruh bahagian Somalia dan Ethiopia menghadapi keadaan seperti kebuluran, manakala 3.5 juta orang mengalami kelaparan melampau di Kenya.
Jumlah orang yang mengalami kelaparan melampau di tiga negara itu kini 23 juta, meningkat lebih dua kali ganda dari 10 juta yang direkodkan tahun sebelumnya.
Perubahan iklim yang membawa kemarau ditambah dengan konflik yang berlaku memaksa rakyat negara berkenaan untuk meninggalkan kediaman mereka.
Lebih memburukkan keadaan, kegawatan ekonomi susulan pandemik Covid-19 turut merencatkan keupayaan mereka untuk menghadapi krisis tersebut.
Islam mensyariatkan ibadah korban pada hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik bagi memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat.
Perkara itu jelas melalui pengagihan daging korban kepada golongan yang berhak menerimanya, khususnya fakir miskin dan yang memerlukan.
Selain itu, ibadah korban juga bertujuan untuk mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan yang Allah SWT.
Bersempena Aidiladha hujung bulan ini, Mercy Mission Malaysia bekerjasama dengan Imam Development Program (IDP) membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai Program MyQurban 2023 di Benua Afrika.
Ibadah itu akan dilakukan di lapan negara Afrika dengan hanya RM500 bagi seekor kambing dan tempahan korban boleh dibuat melalui pautan MyQurban – The Merdeka Times
Sumber: Save The Children