Connect with us

Terkini

(VIDEO) Coldplay : Syed Saddiq, Nga Kor Ming sifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi

Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada penganjuran konsert kumpulan rock alternatif British, Coldplay.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Coldplay : Syed Saddiq, Nga Kor Ming sifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi
Foto: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (kanan).
  • Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Singapura meraih keuntungan besar apabila kumpulan rock terbabit memutuskan untuk membuat persembahan selama enam hari di negara itu.
  • Singapura dijangka mendapat keuntungan sebanyak RM180 juta atau lebih daripada itu hasil kutipan daripada konsert berkenaan selama enam hari.
  • Ini kerana Singapore National Stadium boleh memuatkan 50,000 individu di mana harga purata tiket konsert itu adalah RM600 seorang dan kutipan bakal dijana dalam tempoh sehari sebanyak RM30 juta.
  • “Dulu kita boleh buat anggaran 40 hingga 50 konsert setahun! Sekarang? Makin banyak rintangan dan keluhan… Malaysia cannot continue to miss out on this opportunity,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar.
  • Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilihat turut senada dengan Syed Saddiq ketika beliau mengulas poster bertajuk, “‘Missed opportunity for Coldplay concerts lottery”.
  • A lesson too costly to learn,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada hari ini.

KUALA LUMPUR — Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada penganjuran konsert kumpulan rock alternatif British, Coldplay.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Singapura meraih keuntungan besar apabila kumpulan rock terbabit memutuskan untuk membuat persembahan selama enam hari di negara itu.

“Coldplay buat tour enam hari di Singapura. Semalam lima hari, hari ini tambah lagi tarikh! Kita apa cerita? Nak buat satu pun banyak halangan. Tapi apa kena mengena dengan Malaysia? 

“We actually missed an economic lottery,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Syed Saddiq menjangkakan Singapura mendapat keuntungan sebanyak RM180 juta atau lebih daripada itu hasil kutipan daripada konsert berkenaan selama enam hari.

Ini berikutan, Singapore National Stadium boleh memuatkan 50,000 individu di mana harga purata tiket konsert itu adalah RM600 seorang dan kutipan bakal dijana dalam tempoh sehari sebanyak RM30 juta.

Negara jiran itu juga dikatakan bakal mendapat limpahan ekonomi apabila penonton daripada luar negara tinggal dan berbelanja di negara tersebut sepanjang konsert Coldplay berlangsung.

Situasi ini dilihat berbeza di Malaysia kerana menurut Syed Saddiq untuk mengadakan satu konsert di negara ini sahaja perlu berdepan pelbagai halangan. 

“Maksud saya ialah semasa kita di sini bertengkar mengenai Malaysia menganjurkan konsert, negara di luar sana merebut peluang keemasan untuk menjana lebihan ekonomi.

“Dulu kita boleh buat anggaran 40 hingga 50 konsert setahun! Sekarang? Makin banyak rintangan dan keluhan… Malaysia cannot continue to miss out on this opportunity,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilihat turut senada dengan Syed Saddiq ketika beliau mengulas poster bertajuk, “‘Missed opportunity for Coldplay concerts lottery”.

Poster itu menyatakan, “Enam persembahan di Singapura adalah apa yang mungkin boleh berlaku di Malaysia, yang akan membawa pendapatan bernilai jutaan melalui pelancong. Protes ini terbukti mempunyai kesan langsung terhadap persekitaran dan reputasi perniagaan antarabangsa.” 

Bersetuju dengan perkara itu, Kor Ming memberi reaksi dengan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran yang perlu dibayar dengan nilai yang tinggi.

A lesson too costly to learn” katanya menerusi ciapan di Twitter pada hari ini.

Foto : Tangkap Layar Twitter Nga Kor Ming.

Sebelum ini, Kor Ming turut menyarankan pemimpin PAS yang tidak menyukai kumpulan rock terkenal British itu supaya jangan beli tiket atau pun menonton konsert artis antarabangsa berkenaan.

Coldplay akan mengadakan konsert jelajah yang sama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 22 November depan. 80,000 tiket habis dijual dalam tempoh tiga jam.

Disebabkan permintaan tinggi, peminat Coldplay juga membuat satu petisyen memohon kumpulan rock popular dari Britain itu menambah satu malam konsert di Malaysia.

Bagaimanapun ia mendapat tentangan daripada beberapa pihak selepas kumpulan itu dikatakan membawa pengaruh LGBT. — The Merdeka Times

Sumber: Twitter  @SyedSaddiq, @NgaKorMing

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *