Connect with us

Terkini

Konsert Coldplay tambah sehari di Singapura

Siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Singapura ditambah sehari pada 30 Januari depan.

Wartawan TMT

Published

on

Konsert Coldplay tambah sehari di Singapura
Foto: Gambar poster konsert Coldplay di Singapura.
  • Siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Singapura ditambah sehari pada 30 Januari depan.
  • Ini menjadikan siri jelajah konsert Coldplay di Singapura diadakan selama lima hari.
  • “Pra-jualan untuk konsert Coldplay Music Of The Spheres World Tour pada 23, 24, 26 dan 27 Januari depan kini habis dijual.“Disebabkan permintaan luar biasa, satu tarikh lagi ditambah di Stadium Nasional Singapura pada 30 Januari depan.
  • “Tiket untuk tarikh baharu akan mula dijual esok pada jam 10 pagi waktu tempatan di ticketmaster.sg,” tulisnya di laman Instagram (IG) dan Twitter.

KUALA LUMPUR: Siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Singapura ditambah sehari pada 30 Januari depan.

Ini menjadikan siri jelajah konsert Coldplay di Singapura diadakan selama lima hari.

Pagi Isnin, Live Nation Singapore yang juga laman rasmi penjualan tiket yang dibuka sejak 10 pagi untuk pra-jualan, sesak apabila mencecah lebih sejuta pelayar.

Selepas lima jam, Live Nation Singapore mengumumkan tiket pra-jualan bagi konsert yang dijadualkan pada 23, 24, 26 dan 27 Januari depan itu licin, sambil memaklumkan penambahan sehari lagi.

“Pra-jualan untuk konsert Coldplay Music Of The Spheres World Tour pada 23, 24, 26 dan 27 Januari depan kini habis dijual.“Disebabkan permintaan luar biasa, satu tarikh lagi ditambah di Stadium Nasional Singapura pada 30 Januari depan.

“Tiket untuk tarikh baharu akan mula dijual esok pada jam 10 pagi waktu tempatan di ticketmaster.sg,” tulisnya di laman Instagram (IG) dan Twitter.

Penambahan hari itu juga dikatakan berikutan lebih 200,000 tiket untuk persembahan empat hari habis dibeli dalam masa lima jam.

Coldplay mengumumkan mereka akan beraksi di Stadium Nasional Singapura pada 23, 24, 26 dan 27 Januari depan, minggu lalu.

Kali terakhir membuat persembahan di Singapura pada 2017, apabila mereka menggegarkan Stadium Nasional selama dua malam.

Ditubuhkan di London pada 1997, band ini sudah mengeluarkan rentetan hits selama bertahun-tahun, seperti Yellow, Viva la Vida, A Sky Full of Stars, dan Higher Power.

Pengumuman dibuat selepas jualan bagi siri jelajah konsert Malaysia dan Indonesia, mendapat sambutan luar biasa.

Pada 17 Mei lalu, 80,000 tiket konsert jelajah Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, yang dijadualkan pada 22 November ‘licin’ dalam masa tiga jam.

Disebabkan permintaan tinggi, peminat Coldplay juga membuat satu petisyen memohon kumpulan rock popular dari Britain itu menambah satu malam konsert di Malaysia.Namun, sehingga hari ini, belum ada apa-apa pengumuman mengenai penambahan konsert.

Sumber: Buletin TV3

Author

Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending