Connect with us

Antarabangsa

Ahli Parlimen Melayu PAP dikritik, Netizen Singapura desak wakil rakyat lebih berani perjuang isu Hijab

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Zai Nal.
  • Dalam satu hantaran Facebook yang kini tular, pemilik akaun bernama Zainal menyeru agar komuniti muslim tidak meletakkan sebarang pengharapan kepada ahli parlimen Melayu PAP bagi memperjuangkan isu hijab.
  • “Sejak perjuangan hak berhijab bermula pada tahun 1999 dan memuncak pada 2002 apabila beberapa pelajar perempuan Muslim digantung persekolahan kerana enggan menanggalkan hijab, pelbagai usaha telah digerakkan, pertemuan rasmi, surat-menyurat, petisyen, perundingan tertutup, malah tindakan undang-undang.
  •  “Namun, Ahli Parlimen Melayu PAP bukan sahaja tidak membantu  malah dilihat sebagai penghalang,” tulisnya.
  • “Masyarakat Muslim di Singapura perlu mengambil iktibar. Kita tidak perlukan lagi pemimpin yang bekerja dalam diam. Kita perlukan suara yang berani, lantang, dan berprinsip yang tidak gentar menyatakan kebenaran di ruang awam.
  • “Kerana hijab bukan ancaman kepada perpaduan. Yang menjadi ancaman adalah diskriminasi yang berterusan,” tambah beliau.

SINGAPURA – Singapura akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 3 Mei ini dengan 92 daripada 97 kerusi Parlimen akan dipertandingkan, susulan kemenangan tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) baharu Marine Parade-Braddell Heights oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Parti pemerintah itu, yang memenangi lima kerusi tanpa bertanding, turut menurunkan calon di baki 32 kawasan pilihan raya, merangkumi 17 GRC dan 15 Kawasan Undi Perseorangan (SMC).

Pelbagai isu mula dibangkitkan rakyat negara itu sepanjang tempoh berkempen ketika ini termasuklah isu pemakaian hijab dalam kalangan wanita muslim.

Dalam satu hantaran Facebook yang kini tular, pemilik akaun bernama Zainal menyeru agar komuniti muslim tidak meletakkan sebarang pengharapan kepada ahli parlimen Melayu PAP bagi memperjuangkan isu hijab.

Menurut beliau, lebih lima dekad lamanya masyarakat Muslim di Singapura memperjuangkan hak wanita Muslim, anak-anak perempuan, adik-beradik, dan ibu mereka untuk mengenakan hijab tanpa diskriminasi.

Namun, jawapan yang diterima selama ini tetap sama iaitu bersabar, diam, dan serahkan kepada Ahli Parlimen Melayu daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP).

“Sejak perjuangan hak berhijab bermula pada tahun 1999 dan memuncak pada 2002 apabila beberapa pelajar perempuan Muslim digantung persekolahan kerana enggan menanggalkan hijab, pelbagai usaha telah digerakkan, pertemuan rasmi, surat-menyurat, petisyen, perundingan tertutup, malah tindakan undang-undang.

“Namun, Ahli Parlimen Melayu PAP bukan sahaja tidak membantu  malah dilihat sebagai penghalang,” tulisnya.

Tambah Zainal, perkembangan positif berkenaan hijab hanya berlaku selepas Ahli Parlimen Faisal Abdul Manap daripada Parti Pekerja membangkitkan isu ini di Parlimen.

Malah jelasnya, Menteri yang bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli juga ahli PAP pernah melukakan hati umat Islam Singapura dengan kenyataan yang mengecewakan.

“Masagos Zulkifli, yang pernah dilihat sebagai lebih dekat dengan nilai Islam, turut mempertahankan larangan tersebut. Malah beliau menyamakan isu hijab dengan isu jenayah seksual sejenis, dan menyatakan bahawa setiap komuniti harus ‘berkorban’ demi keharmonian nasional — dan hijab adalah antara ‘korban’ itu,” dakwa Zainal dalam hantarannya yang kini sudah dikongsi lebih 3000 pengguna media sosial.

Menurut Zainal, inilah sebabnya mengapa ramai melihat bahawa Ahli Parlimen Melayu PAP bukan jambatan kepada masyarakat Muslim  tetapi penghalang.

Jelasnya, mereka bukan pejuang hak, tetapi penjaga pintu yang menutup peluang.

“Masyarakat Muslim di Singapura perlu mengambil iktibar. Kita tidak perlukan lagi pemimpin yang bekerja dalam diam. Kita perlukan suara yang berani, lantang, dan berprinsip yang tidak gentar menyatakan kebenaran di ruang awam.

“Kerana hijab bukan ancaman kepada perpaduan. Yang menjadi ancaman adalah diskriminasi yang berterusan,” tambah beliau.

Pemakaian hijab dibenarkan di kebanyakan tempat awam dan sektor swasta di Singapura.

Malah mulai 1 November 2021, jururawat Muslim dalam sektor penjagaan kesihatan awam dibenarkan memakai tudung semasa bertugas walaupun sebelum itu tidak dibenarkan.

Pemakaian hijab bagaimanapun masih tidak dibenarkan bagi anggota perkhidmatan beruniform seperti polis dan tentera, atas dasar keseragaman dan neutraliti. -The Merdeka Times

Author