Connect with us

Terkini

Homoseksual, biseksual faktor utama jangkitan HIV – Menteri Kesihatan

Transmisi seksual kini menjadi faktor risiko utama kepada jangkitan HIV baharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) di Wilayah Persekutuan sejak 2015 hingga tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

homoseksual adalah punca utama hiv
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata 68 peratus jangkitan HIV baharu yang dilaporkan adalah menerusi hubungan homoseksual/biseksual, manakala 26 peratus menerusi hubungan heteroseksual.
  • Sepanjang tempoh 2015-2021 ,91 peratus kes baharu HIV daripada kategori umur 20 ke 49 tahun, 45 peratus (umur 20-29), 33 peratus (umur 30-39) dan 13 peratus (umur 40-49), tiga peratus (umur kurang dari 20 tahun) dan enam peratus kes baharu berumur 50 tahun ke atas.

KUALA LUMPUR : Transmisi seksual kini menjadi faktor risiko utama kepada jangkitan HIV baharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) di Wilayah Persekutuan sejak 2015 hingga tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 68 peratus jangkitan HIV baharu yang dilaporkan adalah menerusi hubungan homoseksual/biseksual, manakala 26 peratus menerusi hubungan heteroseksual.

“Tren kes baharu HIV adalah mendatar untuk semua kategori faktor risiko.

 KKM sudah mengambil langkah kawalan dan pencegahan bagi mencapai matlamat Ke Arah Sifar HIV dan Mengakhiri AIDS seperti digariskan melalui beberapa siri Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Mengakhiri HIV/AIDS (2016 – 2030).

“(Antara lain ia) menggariskan fokus utama merangkumi uji dan rawat, pengukuhan pengurangan mudarat, pencegahan jangkitan ibu ke anak serta eliminasi stigma dan diskriminasi,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat.

Khairy berkata, bilangan kes baharu HIV dilaporkan bagi tempoh 2015 hingga 2021 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ialah 3,030 kes, dengan kes baharu HIV menunjukkan trend mendatar.

“Bilangan kes HIV dilaporkan pada 2015 sebanyak 448 orang atau pada kadar 27.8 kes bagi setiap 100,000 penduduk, manakala bagi 2019, sebanyak 448 kes HIV baharu dilaporkan atau pada kadar 22.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

“Bagi 2020 dan 2021, kes baharu HIV yang dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan trend penurunan yang signifikan. Namun, ia mungkin kesan kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara, menyebabkan aktiviti saringan HIV tersekat,” katanya.

Khairy berkata, sepanjang tempoh 2015 ke tahun lalu, 91 peratus kes baharu HIV daripada kategori umur 20 ke 49 tahun, 45 peratus (umur 20-29), 33 peratus (umur 30-39) dan 13 peratus (umur 40-49), tiga peratus (umur kurang dari 20 tahun) dan enam peratus kes baharu berumur 50 tahun ke atas.

Sumber : Berita Harian

Author