Antarabangsa
Laporan dedah 98 peratus nama dalam watchlist FBI adalah Muslim
Laporan kumpulan Muslim di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan majoriti besar atau 98 peratus dalam watchlist (senarai pantau) Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) terdiri daripada nama Muslim.

- Laporan kumpulan Muslim di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan majoriti besar atau 98 peratus dalam watchlist (senarai pantau) Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) terdiri daripada nama Muslim.
- Laporan bertajuk “Twenty Years Too Many, A Call to Stop the Secret Watchlist FBI“, memperincikan penggunaan pangkalan data saringan keganasan oleh biro siasatan AS itu yang dikatakan menyasarkan umat Islam.
- Laporan itu dikeluarkan Council on American-Islamic Relations (CAIR) pada Isnin.
- “Daripada entri senarai pantau yang kami semak, kami menganggarkan lebih 1.47 juta daripada entri itu membabitkan orang Islam lebih 98 peratus daripada jumlah keseluruhan,” kata laporan itu.
Laporan kumpulan Muslim di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan majoriti besar atau 98 peratus dalam watchlist (senarai pantau) Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) terdiri daripada nama Muslim.
Laporan bertajuk “Twenty Years Too Many, A Call to Stop the Secret Watchlist FBI”, memperincikan penggunaan pangkalan data saringan keganasan oleh biro siasatan AS itu yang dikatakan menyasarkan umat Islam.
Laporan itu dikeluarkan Council on American-Islamic Relations (CAIR) pada Isnin.
Selepas menerima senarai FBI versi 2019 daripada penggodam Switzerland yang menemuinya dalam talian berikutan penyiaran secara tidak sengaja oleh syarikat penerbangan serantau, CAIR menjalankan analisis komprehensif terhadap lebih 1.5 juta nama tersenarai.
“Lebih 350,000 penyertaan termasuk beberapa transliterasi Mohamed atau Ali atau Mahmoud dan 50 nama paling kerap muncul adalah nama Muslim,” kata laporan itu dipetik agensi berita Anadolu.
“Daripada entri senarai pantau yang kami semak, kami menganggarkan lebih 1.47 juta daripada entri itu membabitkan orang Islam lebih 98 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya.
Laporan itu menyatakan selama 20 tahun, senarai rahsia FBI membawa kesukaran dan ketakutan kepada masyarakat Islam.
“Tetapi sejuta sasaran FBI seterusnya bukanlah Muslim. Berikutan Perang Melawan Keganasan semakin berakhir, senarai rahsia FBI suatu hari nanti akan mencari sasaran baharu.
“Sasaran seterusnya adalah rakan senegara kita dan laporan ini dimaksudkan sebagai amaran kepada mereka,” kata laporan itu.
Kumpulan Muslim itu juga menggesa Presiden Joe Biden untuk mengambil tindakan untuk menangani senarai pantauan.
Individu dalam senarai pantau itu berdepan pelbagai cabaran, termasuklah sekatan perjalanan, isu imigresen, pertemuan dengan FBI, kejadian keganasan polis, kesukaran mendapatkan permit dan lesen, impak profesional dan akses terhad kepada bangunan kerajaan.
Sumber: AA

You must be logged in to post a comment Login