Connect with us

Antarabangsa

Terbitkan video ajar kanak-kanak nikmat seks dan onani, badan amal Belanda dikritik

Sebuah yayasan pendidikan seksual belia Belanda dikritik kerana menerbitkan video soal jawab mengenai onani dengan kanak-kanak.

Published

on

Terbitkan video ajar kanak-kanak nikmat seks dan onani, badan amal Belanda dikritik
Foto: Tangkap layar sebuah video soal jawab mengenai onani dengan kanak-kanak.
  • Yayasan Rutgers memuat naik video berdurasi lima minit berjudul “Wat vind ik fijn” (Apa yang saya suka) ke platform media sosial.
  • Dalam video itu, kanak-kanak pelbagai peringkat umur dilihat membincangkan topik seksual dengan ibu bapa atau penjaga mereka.
  • Dalam babak pertama video itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun diajukan soalan “adakah kamu suka apabila seseorang membelai anda” oleh penjaganya yang merupakan pasangan gay.
  • Seterusnya, seorang ibu dilihat memberitahu anak gadisnya yang berusia sembilan tahun mengenai nikmat melakukan seks.
  • Yayasan Rutgers merupakan badan amal dibiayai Yayasan Bill dan Melinda Gates bertujuan memberi tumpuan kepada isu seksualiti kanak-kanak dan pendidikan seks.

Sebuah yayasan pendidikan seksual belia Belanda dikritik kerana menerbitkan video soal jawab mengenai onani dengan kanak-kanak.

Memetik laporan Reduxx, Yayasan Rutgers memuat naik video berdurasi lima minit berjudul “Wat vind ik fijn” (Apa yang saya suka) ke platform media sosial.

Dalam video itu, kanak-kanak pelbagai peringkat umur dilihat membincangkan topik seksual dengan ibu bapa atau penjaga mereka.

Dalam babak pertama video itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun diajukan soalan “adakah kamu suka apabila seseorang membelai anda” oleh penjaganya yang merupakan pasangan gay.

Seterusnya, seorang ibu dilihat memberitahu anak gadisnya yang berusia sembilan tahun mengenai nikmat melakukan seks.

“Seks bukan sahaja untuk menghasilkan bayi. Saya pernah berkata sebelum ini yang ia juga seronok.

“Bukan sahaja lelaki boleh mengalami puncak syahwat, perempuan juga boleh. Tetapi kita tidak mengalami ejakulasi kerana tidak mempunyai sperma. Namun ia berasa sangat nikmat”.

Dia kemudian menerangkan mengenai anatomi kelamin wanita, memperincikan bahagian klitoris yang membangkitkan syahwat.

“Apabila kamu menyentuhnya ia memberikan perasaan yang bagus. Ia sebenarnya sangat nikmat apabila kamu menyentuh butang itu. Contohnya, kamu boleh menggosoknya dengan jari kamu,” kata wanita itu kepada anaknya.

Seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia empat tahun diajukan soalan “adakah kamu pernah bermain dengan zakar kamu?” oleh ibunya.

“Ya? Bagaimana perasaannya? Dan bila kamu buat begitu?” soal ibunya diselangi dengan reaksi kurang selesa kanak-kanak itu.

Kurang daripada 24 jam selepas video itu dikeluarkan, Yayasan Rutgers memadamkan video tersebut.

Bagaimanapun ia dimuat naik semula oleh parti sayap kanan Belanda, Forum voor Democratie (FvD) bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kanak-kanak yang terdedah dengan propaganda seksual.

Meskipun berdepan ugutan saman oleh Rutgers, FvD enggan memadamkan video tersebut kerana mereka percaya yayasan itu cuba untuk menghapuskan kesilapan mereka.

Yayasan Rutgers merupakan badan amal dibiayai Yayasan Bill dan Melinda Gates bertujuan memberi tumpuan kepada isu seksualiti kanak-kanak dan pendidikan seks.

Sumber: Reduxx

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author