Terkini
Penstrukturan semula tangga gaji guru KEMAS masih dalam perbincangan – Timbalan Menteri
Penstrukturan semula skim tangga gaji tenaga pengajar di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) masih dalam proses perbincangan di peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
- Penstrukturan semula skim tangga gaji tenaga pengajar di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) masih dalam proses perbincangan di peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
- Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata tahun ini KKDW mengumumkan peningkatan elaun bulanan untuk sukarelawan KEMAS dari RM500 kepada RM800.
- “Setakat ini (penstrukturan semula skim tangga gaji itu) masih dalam perbincangan lagi,” katanya selepas merasmikan program Wanita Inspirasiku (WINS) Peringkat KEMAS Negeri Sarawak di sini, semalam.
KOTA SAMARAHAN – Penstrukturan semula skim tangga gaji tenaga pengajar di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) masih dalam proses perbincangan di peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata tahun ini KKDW hanya mengumumkan peningkatan elaun bulanan untuk sukarelawan KEMAS dari RM500 kepada RM800.
“Setakat ini (penstrukturan semula skim tangga gaji itu) masih dalam perbincangan lagi,”
katanya selepas merasmikan program Wanita Inspirasiku (WINS) Peringkat KEMAS Negeri
Sarawak di sini, semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kementerian itu sebelum ini untuk menstruktur semula skim gaji 10,174 tenaga pengajar Tabika KEMAS supaya selaras dengan kelulusan dan pengalaman mereka.
Menurutnya dari sudut pengambilan pendidik baharu di KEMAS pula, pihaknya masih menjalankan pengambilan berdasarkan kepada keperluan dan kelayakan. “Kita sejak 2016 sehingga sekarang membuat pengambilan berdasarkan kelayakan sekurang- kurangnya (berkelulusan) Diploma, tambahnya.
Sumber: Bernama