Connect with us

Terkini

KEMAS sasar 4,000 kelas Tabika Pra Tahfiz tahun hadapan

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mensasarkan 4,000 kelas di bawah Program Tabika Pra Tahfiz KEMAS pada tahun hadapan sebagai usaha awal melahirkan huffaz cilik.

Wartawan TMT

Published

on

KEMAS sasar 4,000 kelas Tabika Pra Tahfiz tahun hadapan
Foto: Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi (tiga dari kanan).
  • Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mensasarkan 4,000 kelas di bawah Program Tabika Pra Tahfiz KEMAS pada tahun hadapan sebagai usaha awal melahirkan huffaz cilik.
  • Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata, sebagai permulaan, 100 kelas di seluruh negara dilaksanakan sebagai projek perintis tahun ini.
  • “Terdapat 10,840 kelas Tabika KEMAS di seluruh negara, kita sasar 9,000 sahaja sebab ada kelas (anak-anak) bukan Islam di Sabah Sarawak, begitu juga di Semenanjung, ada juga kelas di kawasan perkampungan Orang Asli.
  • “Tetapi untuk (anak-anak) yang bukan beragama Islam juga ada modul pendidikan kerohanian, khusus untuk mereka,” katanya.
  • Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa, Datuk Rizam Ismail, di sini semalam.

Shah Alam: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mensasarkan 4,000 kelas di bawah Program Tabika Pra Tahfiz KEMAS pada tahun hadapan sebagai usaha awal melahirkan huffaz cilik.

Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata, sebagai permulaan, 100 kelas di seluruh negara dilaksanakan sebagai projek perintis tahun ini.

“Kita melaksanakan 100 kelas tahun ini sebagai projek perintis yang mana kita sudah melatih guru kita yang terbabit dalam projek perintis ini.

“Insya-Allah, tahun depan program ini akan diperluaskan ke (Tabika KEMAS) seluruh negara membabitkan 4,000 kelas… tahun 2025 juga 4,000 kelas dan seterusnya.

“Terdapat 10,840 kelas Tabika KEMAS di seluruh negara, kita sasar 9,000 sahaja sebab ada kelas (anak-anak) bukan Islam di Sabah Sarawak, begitu juga di Semenanjung, ada juga kelas di kawasan perkampungan Orang Asli.

“Tetapi untuk (anak-anak) yang bukan beragama Islam juga ada modul pendidikan kerohanian, khusus untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa, Datuk Rizam Ismail, di sini semalam.

Advertisement

Ahmad Kamal Idris berkata, KEMAS akan bekerjasama dengan Yayasan Pahang, Yayasan Pintar juga UPSI bagi melatih guru Tabika KEMAS yang terbabit dengan program ini.

“KEMAS menerima khusus latihan dari Yayasan Pahang, mereka menjadi tenaga pengajar untuk guru kita dan juga dari segi mengajar modul anak-anak lima dan enam tahun.

“Dalam program ini, kita fokus kepada surah dalam juzu’ Amma dan juzu’ 30… lebih kurang 18 ayat yang kita laksanakan penghafalan. Ini sebagai usaha menghasilkan Huffaz Cilik yang menguasai hafazan Al-Quran.

“Program ini bertujuan menyemai cintakan Al-Quran di awal usia sebagaimana yang dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara KEMAS dan Yayasan Pahang bagi melaksanakan Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS akan diadakan pada 7 November 2023 di Pusat Kegiatan Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kg Sri Batu, Kuala Lumpur yang akan disaksikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas mengenai Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang berakhir semalam katanya, dengan tema Mencorak Sahsiah Generasi Era Digital Merentas Seni’, program kali ini memberi fokus kepada membentuk perwatakan kanak-kanak era digital berakhlak berdasarkan prinsip kekuatan moral dan berintegriti selari dengan keperluan kemahiran abad ke-21.

Advertisement

Di samping itu katanya, tahun ini, acara Digital Hero adalah acara baharu yang diperkenalkan bagi mencungkil bakat digital kanak-kanak selari dengan hala tuju transformasi digital pendidikan awal kanak-kanak di KEMAS.

“Ini ke arah melahirkan kanak-kanak fasih digital yang mampu berdaya saing dalam memenuhi keperluan era digital.

“Secara keseluruhannya, kontinjen Hari POTENSI TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan Kali Ke-18 adalah seramai 588 orang yang terdiri daripada penyertaan kanak-kanak, guru pengiring, ketua kontinjen serta ahli jawatankuasa peringkat negeri yang mewakili negeri masing-masing,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending