Antarabangsa
Penganut Hindu peluk Islam secara besar-besaran di Bengali Barat – Suruhanjaya Kebangsaan OBC
Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Other Backward Classes (OBC), Hansraj Ahir pada Khamis berkata penganut Hindu memeluk Islam secara besar-besaran di Bengali Barat, India.
- Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Other Backward Classes (OBC), Hansraj Ahir pada Khamis berkata penganut Hindu memeluk Islam secara besar-besaran di Bengalla Barat, India.
- Menurut laporan ANI, ketua suruhanjaya OBC itu juga berkata orang Islam yang berhijrah dari Bangladesh ke Bengali Barat dimasukkan dalam senarai OBC.
New Delhi – Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Other Backward Classes (OBC), Hansraj Ahir pada Khamis berkata penganut Hindu memeluk Islam secara besar-besaran di Bengali Barat, India.
Menurut laporan ANI, ketua suruhanjaya OBC itu juga berkata orang Islam yang berhijrah dari Bangladesh ke Bengali Barat dimasukkan dalam senarai OBC.
Hansraj berkata Suruhanjaya Kebangsaan bagi OBC membuat lawatan rasmi ke Bengali Barat pada 25 Februari lalu.
Semasa siasatannya, suruhanjaya itu mendapati laporan Institut Penyelidikan Kebudayaan Institut Kerajaan Bengali Barat menyatakan orang Hindu memeluk Islam secara besar-besaran di wilayah tersebut.
Hansraj seterusnya mendedahkan kerajaan Bengali Barat turut menghantar cadangan kepada Suruhanjaya Kebangsaan bagi OBC untuk memasukkan kasta Muslim Qureshi dalam senarai pusat OBC.
Walaupun kerajaan Bengali Barat tidak menganggap Qureshi Muslim sebagai kasta dan tidak memasukkan mereka ke dalam senarai negeri OBC, kerajaan negeri Bengali menghantar cadangan untuk memasukkan kumpulan kasta Muslim Qureshi dalam senarai tersebut.
Sumber: ANI