Connect with us

Terkini

Peniaga pakaian didakwa 10 pertuduhan hina Allah, Nabi, Islam

Seorang peniaga pakaian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas sepuluh pertuduhan membuat penghantaran bersifat jelik yang menghina Allah, Nabi dan agama Islam di aplikasi Facebook (FB), dua bulan lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Peniaga pakaian didakwa 10 pertuduhan hina Allah, Nabi, Islam
Foto: Tertuduh, Alimuddin Mohd Hayat.
  • Seorang peniaga pakaian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas sepuluh pertuduhan membuat penghantaran bersifat jelik yang menghina Allah, Nabi dan agama Islam di aplikasi Facebook (FB), dua bulan lalu.
  • Tertuduh, Alimuddin Mohd Hayat, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu selepas dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan Hakim VM Mabel Sheela.
  • Berdasarkan semua kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dan berbaur penghinaan terhadap Allah, Nabi dan agama Islam.
  • Semua hantaran yang dimuat naik melalui perkhidmatan aplikasi FB menggunakan laman profil ‘Ali Tikos’ itu didakwa dibuat dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan dibaca di sebuah rumah dekat Rumah Pangsa Awam Larkin di sini, kira-kira jam 10 malam, 26 April lalu.

Johor Bahru: Seorang peniaga pakaian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas sepuluh pertuduhan membuat penghantaran bersifat jelik yang menghina Allah, Nabi dan agama Islam di aplikasi Facebook (FB), dua bulan lalu.

Tertuduh, Alimuddin Mohd Hayat, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu selepas dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan Hakim VM Mabel Sheela.

Berdasarkan semua kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dan berbaur penghinaan terhadap Allah, Nabi dan agama Islam.

Semua hantaran yang dimuat naik melalui perkhidmatan aplikasi FB menggunakan laman profil ‘Ali Tikos’ itu didakwa dibuat dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan dibaca di sebuah rumah dekat Rumah Pangsa Awam Larkin di sini, kira-kira jam 10 malam, 26 April lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abdul Kohar, Noor Idayu Salim dan S Thiviya, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh memohon jaminan yang rendah memandangkan dia yang hanya berniaga pakaian di Bazar Karat di sini, berpendapatan tidak menentu antara RM300 hingga RM400 sebulan.

Lelaki yang sudah bercerai itu juga berkata dia mempunyai tanggungan dua anak perempuan berusia empat dan lapan tahun.

Ahmad Kamal Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 bagi enam pertuduhan yang dibacakan di hadapannya dan Mabel Sheela pula mengguna pakai jumlah jaminan yang sama memandangkan kes dihadapannya akan dipindahkan ke mahkamah Ahmad Kamal Arifin.

Semua kes akan disebut semula bagi lantikan peguam di hadapan Ahmad Kamal Arifin pada 9 Julai nanti.

Sumber: Harian Metro

Author