Terkini
Pelawak tempatan sokong lawak hina Malaysia
Seorang pelawak Malaysia seakan menyokong tindakan pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia yang didakwa menghina dan mempersendakan Malaysia sebagai negara membangun serta membuat jenaka tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS).
- Pelawak Malaysia, Dr Jason Leong seakan menyokong tindakan pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia yang membuat jenaka menghina Malaysia.
- Jason meninggalkan komen “I love this bit” pada klip video yang dikongsikan di laman Instagram Jocelyn.
- Jocelyn berkongsi video persembahan lawak jenakanya di Kelab Comedy Cellar, Amerika Syarikat.
KUALA LUMPUR — Seorang pelawak Malaysia seakan menyokong tindakan pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia yang didakwa menghina dan mempersendakan Malaysia sebagai negara membangun serta membuat jenaka tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS).
Dr Jason Leong dilihat meninggalkan komen, “I love this bit” pada klip video yang dikongsikan di laman Instagram Jocelyn.
Jocelyn pula membalas komen itu mendakwa orang ramai terlalu mengambil serius terhadap lawak jenakanya.
Ejekan dan hinaan terhadap Malaysia itu merupakan kandungan persembahan Jocelyn di Kelab Comedy Cellar, Amerika Syarikat.
Klip video yang sama turut dikongsikan di laman sosial rasmi kelab itu, Comedy Cellar.
Dalam persembahan itu, Jocelyn membandingkan bagaimana negaranya mampu menjadi negara dunia pertama walaupun sudah berpisah dari Malaysia.
“When my Prime Minister went on TV to announce that you guys (Malaysia) had dumped us, he cried because he thought we’re not going to survive without you.
“But then 40 years later, we became a first world country. And you guys Malaysia, what are you now? Still a developing country? Aww boo,” katanya.
Jocelyn turut menghamburkan perkataan kesat kepada Malaysia selain bersikap tidak sensitif terhadap tragedi kehilangan pesawat MAS.
“Malaysia? Okay. F*ck you, a**holes.”
“What? Malaysian Airlines going missing not funny huh?”
Di laman Instagram, klip video tersebut telah meraih lebih 45,000 tontonan di akaun Jocelyn dan lebih 75,000 tontonan di akaun Comedy Cellar
Di Tiktok pula, klip video sama meraih tontonan lebih tinggi, iaitu lebih 286,000 di akaun Comedy Cellar dan lebih 116,000 tontonan di akaun Jocelyn. – The Merdeka Times
Sumber: Instagram Jocelyn Chia