Terkini
RUU Kawalan Produk Merokok dibentang 12 Jun
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semalam mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam, yang merangkumi dasar generasi penamat (GEG), pada minggu terakhir sesi kedua Parlimen ke-15 ini.
- Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semalam mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam, yang merangkumi dasar generasi penamat (GEG), pada minggu terakhir sesi kedua Parlimen ke-15 ini.
- Bercakap pada taklimat media di Parlimen, Zaliha berkata RUU itu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 12 Jun.
- “Selepas itu saya akan berjumpa Setiausaha Dewan Rakyat dan Speaker, dari situ kita akan lihat bagaimana kita ambil langkah seterusnya,” kata Zaliha ketika ditanya sama ada RUU itu akan terus dibahaskan dan diluluskan dalam tiga hari terakhir persidangan ini.
- Beliau mengesahkan bahawa RUU baharu itu akan merangkumi beberapa peruntukan baru serta pindaan berkaitan larangan ke atas golongan yang lahir pada 2007 dan seterusnya.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semalam mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam, yang merangkumi dasar generasi penamat (GEG), pada minggu terakhir sesi kedua Parlimen ke-15 ini.
Bercakap pada taklimat media di Parlimen, Zaliha berkata RUU itu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 12 Jun.
“Selepas itu saya akan berjumpa Setiausaha Dewan Rakyat dan Speaker, dari situ kita akan lihat bagaimana kita ambil langkah seterusnya,” kata Zaliha ketika ditanya sama ada RUU itu akan terus dibahaskan dan diluluskan dalam tiga hari terakhir persidangan ini.
Beliau mengesahkan bahawa RUU baharu itu akan merangkumi beberapa peruntukan baru serta pindaan berkaitan larangan ke atas golongan yang lahir pada 2007 dan seterusnya.
“Apabila kita lihat apa yang telah dibentangkan dalam RUU sebelum ini, ada beberapa perkara yang kita pinda.
“Ini kerana pendekatan yang kita pilih lebih kepada ‘soft landing’ dengan niat untuk mendidik rakyat,” katanya.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata beliau sebagai bekas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) terlibat dalam libat urus dengan pemain industri vape yang telah mengemukakan bantahan mereka terhadap peruntukan khusus di bawah RUU asal.
Bagaimanapun, beliau berkata selepas perbincangan lanjut mereka akhirnya memberi sokongan kepada versi semasa RUU.
“Jadi sekarang mereka kata mereka akan terima undang-undang itu jika ia diluluskan oleh parlimen,” katanya lagi.
Lukanisman berkata pindaan lain yang dicadangkan, termasuk pengurangan denda daripada RM5,000 kepada RM500, boleh dibahaskan sebaik sahaja RUU itu dibentangkan.
Dasar GEG khusus di bawah RUU itu akan mengenakan larangan membeli dan menggunakan rokok atau produk vape bagi mereka yang lahir dari tahun 2007 dan seterusnya.
Antara cadangan yang digugurkan daripada RUU semasa termasuk melanjutkan larangan membeli dan menggunakan serta menyimpan dan memiliki produk rokok atau vape.
Pada masa yang sama, RUU itu termasuk kawalan ke atas pendaftaran, pengiklanan, promosi, penajaan, pembungkusan dan penjualan produk merokok.
Sumber: Malaysiakini