Terkini
Benarkah kerajaan bayar RM2 bilion setahun untuk pencen bekas wakil rakyat?
Kerajaan diminta menjawab dakwaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun untuk membayar pencen bekas Ahli Parlimen dan bekas ahli kabinet.
- Kerajaan diminta menjawab dakwaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun untuk membayar pencen bekas Ahli Parlimen dan bekas ahli kabinet.
- Pengamal undang-undang, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata jumlah itu boleh digunakan untuk memenuhi kepentingan orang awam, antaranya membina dua hospital canggih (RM1 bilion sebuah) atau 10 sekolah jika diandaikan kos sebuah sekolah ialah RM200 juta.
- Informasi itu didapati menerusi maklumat dalaman digelar sebagai ‘blue bird’.
- “Terperanjat sungguhlah bila dapat tahu sekiranya benar bahawa saraan ahli politik pencen mencecah RM2 bilion setahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) susulan pendedahan pengguna FB, Muhamad Harris Nasril mengkritik kerajaan yang didakwanya ‘mengganggu’ subsidi kesihatan rakyat.
KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta menjawab dakwaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun untuk membayar pencen bekas Ahli Parlimen dan bekas ahli kabinet.
Pengamal undang-undang, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata jumlah itu boleh digunakan untuk memenuhi kepentingan orang awam antaranya membina dua hospital canggih (RM1 bilion sebuah) atau 10 sekolah jika diandaikan kos sebuah sekolah ialah RM200 juta.
Katanya, informasi berkenaan didapati menerusi maklumat dalaman yang digelar sebagai ‘blue bird’.
“Kami ada mendapat maklumat dalaman yang saya gelar sebagai ‘blue bird’ bahawa kerajaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun bagi tujuan pencen ahli politik bertaraf Ahli Parlimen, Timbalan Menteri (dulu ada Setiausaha Parlimen), Menteri hinggalah Perdana Menteri.
“Itu belum masuk jika seseorang itu pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, Exco dan seterusnya Menteri Besar.
“Terperanjat sungguhlah bila dapat tahu sekiranya benar bahawa saraan ahli politik pencen mencecah RM2 bilion setahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook susulan pendedahan pengguna FB, Muhamad Harris Nasril mengkritik kerajaan yang didakwa ‘mengganggu’ (memperhalusi) subsidi kesihatan rakyat.
Muhamad Harris meminta Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) dipinda sekali gus pencen ahli Dewan Rakyat dihapuskan sekiranya subsidi kesihatan rakyat ingin diperhalusi.
Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata beliau akan meminta kenalannya yang terdiri daripada Ahli Parlimen, kerajaan atau pembangkang, untuk menanyakan soalan mengenai isu terbabit di Dewan Rakyat. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Khairul Anwar Rahmat