Connect with us

Antarabangsa

Ancaman teknologi AI, wanita mampu bertukar enam wajah dalam 16 saat

Kementerian Keselamatan Awam China berkongsi satu video di mana seorang wanita menukar enam wajah dalam masa 16 saat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ancaman teknologi AI, wanita mampu bertukar enam wajah dalam 16 saat
Foto: Tangkap layar satu video di mana seorang wanita menukar enam wajah dalam masa 16 saat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
  • Kementerian Keselamatan Awam China berkongsi satu video di mana seorang wanita menukar enam wajah dalam masa 16 saat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
  • Menurut ETtoday, video itu dimuatnaik di laman rasmi Weibo Kementerian Keselamatan Awam China sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko penipuan menggunakan AI mengubah  wajah.
  • Dalam video itu, seorang wanita berjalan sambil berkata, “Anda anggap wajah rakan atas talian anda begini…” lalu wajahnya berubah menjadi gadis muda. Kemudian dia berkata, “Mungkin wajah sebenar rakan anda adalah begini…” lalu wajahnya berubah menjadi perempuan tua.

Kementerian Keselamatan Awam China berkongsi satu video di mana seorang wanita menukar enam wajah dalam masa 16 saat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut ETtoday, video itu dimuatnaik di laman rasmi Weibo Kementerian Keselamatan Awam China sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko penipuan menggunakan AI mengubah  wajah.

Dalam video itu, seorang wanita berjalan sambil berkata, “Anda anggap wajah rakan atas talian anda begini…” lalu wajahnya berubah menjadi gadis muda. Kemudian dia berkata, “Mungkin wajah sebenar rakan anda adalah begini…” lalu wajahnya berubah menjadi perempuan tua.

Wanita itu berjaya mengubah enam wajah, termasuk warna kulit, dengan lancar dalam video berdurasi 16 saat tersebut.

Sebelum ini, Sin Chew Daily melaporkan seorang pemilik syarikat teknologi di Bandar Fuzhou ditipu RMB4.3 juta (RM2.78 juta) dalam masa 10 minit pada 20 April lalu. 

Pada 22 Mei lalu, satu lagi kęs penipuan membabitkan penggunaan teknologi AI mengubah wajah dengan kerugian mencecah RMB1.32 juta (RM863,700) dilaporkan China Press.

Sumber: ETtoday

Author