Connect with us

Terkini

PM nafi Kerajaan Perpaduan tawar kerjasama dengan PAS

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pemimpin PAS kononnya ada wakil daripada kerajaan yang menawarkan parti itu untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PM nafi Kerajaan Perpaduan tawar kerjasama dengan PAS
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (kanan).
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pemimpin PAS kononnya ada wakil daripada kerajaan yang menawarkan parti itu untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.
  • Perdana Menteri berkata, beliau sama sekali tidak dimaklumkan berhubung perkara itu, malah ia tidak pernah dibincang pada peringkat pimpinan tertinggi kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).
  • “Saya tidak dimaklumkan, saya tidak tahu sama sekali, tidak daripada saya dan pemimpin kerajaan, yang lainnya” katanya kepada media selepas Majlis Seminar Fikrah Siddiq Fadzil – Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini.
  • Sabtu lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada tawaran daripada kerajaan untuk PAS bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pemimpin PAS kononnya ada wakil daripada kerajaan yang menawarkan parti itu untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri berkata, beliau sama sekali tidak dimaklumkan berhubung perkara itu, malah ia tidak pernah dibincang pada peringkat pimpinan tertinggi kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak dimaklumkan, saya tidak tahu sama sekali, tidak daripada saya dan pemimpin kerajaan, yang lainnya” katanya kepada media selepas Majlis Seminar Fikrah Siddiq Fadzil – Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan.

Sabtu lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada tawaran daripada kerajaan untuk PAS bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tawaran itu dibuat kerana PH khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.

Semalam pula, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara sama dengan mendedahkan ada pihak menemui beliau mengemukakan tawaran itu.

Sumber: Berita Harian

Author