Connect with us

Terkini

Misi mencari pendaki Everest Malaysia diteruskan

Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, di pergunungan Everest akan diteruskan selepas mendapat ihsan dan kebenaran pihak berkuasa Nepal.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Misi mencari pendaki Everest Malaysia diteruskan
Foto: Pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim.
  • Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, di pergunungan Everest akan diteruskan selepas mendapat ihsan dan kebenaran pihak berkuasa Nepal.
  • Ketua Misi ME 2023 (ME 2023) yang juga Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak, 33, berkata pihak berkuasa Nepal sudah menutup aktiviti pendakian sepenuhnya ke puncak Everest bermula semalam (Isnin).
  • “Bagaimanapun dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Nepal, pihak kami mendapat ihsan selama lima hari bagi meneruskan misi SAR terhadap Muhammad Hawari yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
  • Menurutnya, misi SAR kali ini akan menggunakan dua dron berteknologi tinggi membabitkan seorang pendaki, Tiong Ling Yang , 30; Pengurus Pasukan ME2023, Ayu Wanirah Naharuddin, 30; dan seorang malim gunung berpusat di Kem Dua kawasan pergunungan itu.

Putrajaya: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, di pergunungan Everest akan diteruskan selepas mendapat ihsan dan kebenaran pihak berkuasa Nepal.

Ketua Misi ME 2023 (ME 2023) yang juga Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak, 33, berkata pihak berkuasa Nepal sudah menutup aktiviti pendakian sepenuhnya ke puncak Everest bermula semalam (Isnin).

“Bagaimanapun dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Nepal, pihak kami mendapat ihsan selama lima hari bagi meneruskan misi SAR terhadap Muhammad Hawari yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

Menurutnya, misi SAR kali ini akan menggunakan dua dron berteknologi tinggi membabitkan seorang pendaki, Tiong Ling Yang , 30; Pengurus Pasukan ME2023, Ayu Wanirah Naharuddin, 30; dan seorang malim gunung berpusat di Kem Dua kawasan pergunungan itu.

Katanya, misi SAR ini dijangka bermula hari ini (Selasa) dan ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa kastam negara itu yang masih belum memberi pelepasan kepada satu dron dihantar menggunakan khidmat kargo dari Malaysia Sabtu lalu.

“Sekiranya mendapat pelepasan, kami akan bertolak dari Kathmandu ke Kem Dua menggunakan helikopter bagi menyambung misi SAR,” katanya tadi.

Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari ke 11 apabila beliau dilaporkan hilang selepas meninggalkan Kem Empat pada 19 Mei lalu.

Terdahulu pada 18 Mei (Khamis) lalu, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest pada jam 3.30 petang waktu Nepal.

Pada Sabtu lalu, satu perbincangan membabitkan Kedutaan Malaysia di Nepal dihadiri Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Fadzle Abu Hasan diadakan bagi memohon permit khas kepada Kerajaan Nepal untuk meneruskan misi SAR.

Azim berkata, sebelum ini mereka sudah membawa satu dron dan ia boleh melakukan pengesanan sehingga melebihi aras 8,000 meter dari aras laut serta kawasan berbahaya yang tidak boleh dimasuki anggota penyelamat dan malim gunung.

Menurutnya, sekiranya dron ini berjaya mengesan objek, sut pakaian atau kelengkapan lain yang digunakan Muhammad Hawari, baharulah khidmat malim gunung ditugaskan ke kawasan dikenal pasti bagi mendapatkan pengecaman.

Katanya, kaedah itu dapat menjimatkan kos dan lebih efektif.

“Pada masa sama pihak kami juga sudah melantik 10 malim gunung yang sentiasa bersiap sedia untuk melakukan tugasan sekiranya diperlukan.

“Misi SAR selama lima hari ini juga bergantung kepada cuaca. Sekiranya kami berdepan cuaca buruk dan jalan buntu, mungkin kami akan membuat suatu ketetapan sama ada mahu meneruskan atau menamatkan misi SAR. Ia akan diputuskan dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *